SALMAN AL-FARISI DAN BANGSA PARSI DARI PERSPEKTIF
PEMIKIRAN ISLAM: ANALISIS DARI ASPEK MODAL INSAN
Introduksi:
Artikel ini bertujuan membincangkan
persoalan dan isu bangsa Salman al-Farisi yang berpaksikan Islam dan
kedudukannya dari perspektif Pemikiran Islam dengan perhatian ditumpukan kepada
Salman al-Farisi yang berjaya mencapai kecemerlangan, kegemilangan dan
keterbilangan dalam sejarah Islam kerana ciri-ciri keunggulan dan keunikannya
yang tersendiri. Dalam dunia
globalisasi dan tanpa sempadan, kelihatan bangsa Salman al-Farisi
memperlihatkan dominasi pemikiran dan penghayatan keislaman yang agak luarbiasa
bagi menghadapi cabaran semasa daripada kuasa-kuasa non-muslim. Kajian ini cuba
melihat aspek-aspek keunikan bangsa Salman al-Farisi hingga membolehkan bangsa
tersebut berada pada kedudukannya hari ini.
Kandungan:
Salman
al-Farisi – Latar belakang secara ringkas:
·
Latar belakang Salman al-Farisi:
Salman al-Farisi yang terkenal dalam
sejarah dan Pemikiran Islam, dilahirkan dengan nama Parsinya, Mahbeh (Mayeh)
atau Ruzbeh, merupakan anak seorang dihqan dari sebuah perkampungan Parsi
dikenali Jaiy @ Jian atau Isfahan lama.[1]
Dilahirkan dalam keluarga beranutan Majusi, dan menjadi salah seorang pengikut
Majusi [Majus, dalam al-Qur’an]. Beliau bertukar daripada Majusi kepada
Kristian dan menetap di kota yang kini dikenali Isfahan [Ispahan] pada
sebahagian besar zaman remajanya.
Bapanya seorang yang berpengaruh dan
kaya-raya. Dikatakan kerana kecintaan yang keterlaluan kepadanya telah
menyebabkan beliau dikunci dalam rumah kerana kebimbangan tersebut. Beliau
ditugaskan berkhidmat kepada agama Majusi dengan menjaga api yang mereka sembah
daripada terpadam. Oleh kerana bapanya mempunyai tanah pertanian yang luas, dan
sibuk dengan pekerjaannya, Salman ditugaskan mengambilalih tugas tersebut. Menerusi tugas ini, beliau berkenalan
dengan agama Kristian dan akhirnya menganutinya.[2]
Salman al-Farisi telah melalui proses pencarian
akan hakikat kebenaran beberapa kali sebelum akhirnya bertemu dengan Islam dan
beriman dengan Din Nabi Muhammad (s.a.w). Sepanjang menjadi penganut
Kristian, beliau mengembara ke Syria, Mosul, Nasibin dan ’Ammuriyah mengikuti
tokoh-tokoh Paderi Kristian yang berada di tempat tersebut. Tokoh paderi
Kristian di `Ammuriyah memberitahunya [sewaktu beliau berusia 12 tahun] supaya
mengikuti nabi akhir zaman yang dijanjikan,[3]
“yang merupakan pengikut Din Nabi Ibrahim (a.s).“
Dari Syria, beliau terus ke Wadi al-Qura untuk
menemui nabi yang dijanjikan. Namun dalam perjalanannya itu, beliau telah
dikhianati oleh puak Badwi Kalbi yang menjadi penunjuk arahnya dan akhirnya
dijual sebagai hamba kepada seorang Yahudi, yang kerap mengunjungi kota
Yathrib. Pada ketika beliau sampai ke sana, proses hijrah Nabi Muhammad (s.a.w)
bermula. Salman al-Farisi dengan berdasarkan beberapa petunjuk dan tanda yang
terdapat pada diri Nabi Muhammad (s.a.w) seperti diceritakan,[4]
menganuti Islam dan kemudian dibebaskan hasil usaha Nabi Muhammad (s.a.w) daripada
perhambaan.
Salman al-Farisi meninggal dunia pada tahun 33 @ 35/654 @ 656 dengan usia 88 tahun dalam zaman pemerintahan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan.Beliau dikatakan meninggalkan tiga orang anak perempuan, seorang di Isbahan dan dua orang lagi di Mesir.[5] Beliau dimaqamkan di Mada’in (dahulunya, Ctesiphon) yang terletak di 'Iraq sekarang. Maqamnya diserang pada Februari 2006.
Salman al-Farisi dan hubungannya
dengan Nabi Muhammad (s.a.w):
Salman al-Farisi dikatakan cukup mengenali
ciri-ciri kenabian Muhammad (s.a.w) menerusi maklumat yang diterima daripada
para rahib Kristian yang diikutinya sebelum menganuti Islam. Beliau telah
dibebaskan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) daripada perhambaan menerusi penebusan diri
daripada seorang Yahudi.
Beliau menjadi salah seorang sahabat besar Nabi Muhammad
(s.a.w) yang paling terkemuka,[6] zahid,[7]
mempunyai hubungan yang sangat akrab dan kedudukan yang sangat tinggi di sisi
baginda (s.a.w),[8] meriwayatkan 60 buah hadith
Nabi (s.a.w),[9] pernah disaudarakan oleh
Nabi Muhammad (s.a.w) dengan Abu al-Darda' al-Ansari dan dikatakan pernah mendapat
peluang melihat dan mencium tanda [khatm al-nubuwwah] pada bahagian
belakang Nabi Muhammad (s.a.w).[10]
Salman al-Farisi dan hubungannya dengan ‘Ali bin Abi Talib (kw):
Salman al-Farisi mempunyai sahsiah dan peribadi
yang cemerlang, gemilang dan terbilang di kalangan sahabat Rasulullah (s.a.w).
Beliau berperibadi merendah diri, tegas dan adil; dikatakan tidak mempunyai
rumah sendiri sebaliknya beristirehat di bawah pokok; menerusi pemerhatiannya
yang tajam terhadap fenomena kehidupan manusia di sekitarnya membolehkan beliau
mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa “beliau terkejut melihat orang
ramai menghabiskan kehidupan mereka untuk keduniaan, tanpa mengingati
kematian.“
Beliau juga merupakan salah seorang daripada empat
sahabat utama 'Ali bin Abi Talib (kw) yang kemudian dikenali dalam
sumber-sumber Islam sebagai Syiah ’Ali selain daripada al-Miqdad bin
al-Aswad al-Kindi, ‘Ammar bin Yasir dan Abu Dhar al-Ghiffari.[11]
Beliau menyokong dan mendokong Ahl al-Bayt sepanjang sejarah hidupnya dari mula
hingga akhir hayatnya, menyokong dan sentiasa bersama-sama Nabi (s.a.w) dan Ali
bin Abi Talib (k.w) sepanjang kehidupannya sehingga beliau (r.a) meninggal pada
zaman Khalifah 'Uthman bin ’Affan (r.a), menyokong, mempertahankan dan
memperkasakan konsep kebenaran, keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat
muslim dan serentak dengan itu,
menentang dan memerangi sebarang bentuk penindasan, kezaliman dan
kemungkaran dalam masyarakat muslim.
Sejarah memperlihatkan bahawa beliau pernah memegang
beberapa jawatan pemerintahan di beberapa buah kota semasa era Khulafa'
al-Rasyidin, pernah memimpin tentera seramai 30 000 orang semasa menjadi
gabenor kota Parsi.
Salman al-Farisi dari segi keunikan dan
keunggulannya sepanjang sejarah:
Salman al-Farisi menganuti Islam pada tahun 1/623,
sewaktu Islam mulai berkembang ke luar Jazirah al-Arab,[12]
merupakan mawla Rasulullah (s.a.w) dan terkenal di kalangan sahabat Nabi
Muhammad (s.a.w) sebagai Abu Abdullah.[13]
Beliau dikatakan salah seorang yang dikehendaki untuk dicintai oleh Allah
(s.w.t) selain daripada ’Ali bin Abi Talib, Abu Dhar al-Ghiffari dan al-Miqdad
bin al-Aswad al-Kindi,[14]
bahkan merupakan salah seorang yang diinginkan syurga selain daripada Ali,
Miqdad dan Ammar.[15]
Dikatakan orang pertama menterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Parsi dan
termasuk salah seorang yang dirujuk dan disebut oleh al-Qur’an sebagai “illa
al-ladhina amanu..[yang beriman @ mu’min]“ dengan keimanan yang sangat
kuat.[16]
Salman al-Farisi disebutkan oleh Rasulullah (s.a.w)
dalam beberapa buah hadith sebagai ”Salman minna Ahl al-Bayt.”[17] Ini disebabkan peristiwa berkaitan dengan
Perang al-Khandaq [al-Ahzab] membabitkan Salman al-Farisi yang dianggap seorang
yang kuat telah menjadi rebutan dua puak yang menginginkan beliau menjadi
sebahagian daripada golongan mereka, iaitu al-Muhajirin dan al-Ansar, sehingga
akhirnya memerlukan Rasulullah (s.a.w) campurtangan dan mengeluarkan hadith
tersebut dan menganggapkannya sebagai salah seorang Al al-Bayt [kaum kerabat Rasulullah (s.a.w)].[18]
Ali bin Abi Talib (k.w) sendiri turut mengatakan bahawa “huwa minna Ahl
al-Bayt“ [dia sebahagian daripada kami Ahl al-Bayt].[19]
Justeru, Salman
al-Farisi juga turut dikenali sebagai Salman al-Muhammadi.
Salman al-Farisi menjadi sumber
kekuatan dan sumber inspirasi golongan muslim mu’min berbangsa Parsi dahulu,
kini dan akan datang kerana keilmuan yang tinggi dan mendalam dan juga
disebabkan beliau mempunyai kesempatan dan peluang berada bersama-sama dengan
Rasulullah (s.a.w) dalam majlis baginda (s.a.w) pada sebelah malam, sehingga dirinya
disebut dengan perkataan “bahr al-‘ilm” [lautan ilmu] dan “makhsus bi
al-‘ilm al-awwal wa al-akhir”[20]
[teristimewa dengan keilmuan golongan terdahulu dan terkemudian] dan
disenaraikan sebagai ‘ulama’ kerana
beliau daripada Ahl al-Bayt.[21]
Justeru, Salman berpengaruh besar dalam konteks Pemikiran Islam:
Bangsa
Salman al-Farisi dari beberapa perspektif:
Artikel ini
akan
Parsi – Latar belakang secara
ringkas:
Di kalangan pengkaji nasab
(keturunan) yang membincangkan persoalan asal-usul Faris [فارس] , terdapat beberapa pendapat dikemukakan, di antaranya seperti
berikut:
Kelihatan bangsa Parsi [Farsi]
berasal daripada keturunan Nabi Nuh (a.s) menerusi anaknya, Sam. Sam merupakan
punca silsilah keturunan pelbagai bangsa besar di dunia seperti Arab, Parsi dan
bahkan Yahudi.[25] Penamaan bangsa Samit dan yang berkaitan
dengannya [seperti Semitik dll] berhubung secara langsung dan tidak langsung
dengan Sam bin Nuh. Analisis ini memperlihatkan Arab, Parsi dan Yahudi berasal
daripada asal-usul dan keturunan yang sama.
Dalam konteks perbincangan mengenai keturunan
Farsi @ Parsi ini, dikatakan bahawa bangsa Parsi ini merupakan suatu bangsa
yang berani. Berikut
adalah sejarah ringkas perkembangan bangsa ini secara ringkas:
Mereka dikatakan pada peringkat awal
mengikut agama Nuh (a.s) [دين
نوح] sehingga sampai kepada
zaman Burdasif [برداسف
المشرقي] kemudian
mereka menganuti mazhab al-Hunafa’ [بمذهب
الحنفاء] merujuk kepada
agama al-Sabi’ah [دين
الصابئة] dikenali
sebagai al-Sabi’un [الصابئون]
pada zaman Tamhurath [طمهورث]
@ Tahmuras III [طهمورس]
selama hampir 1200 tahun, seterusnya
mengikuti agama Majusi menerusi usaha, peranan dan kemunculan Zaradusyt [زرادشت][26] pada zaman Raja Parsi, Bustasif [بستاسف]
yang berlangsung selama 30 tahun yang menyeru (mereka) kepada agama Majusi [دين
المجوسية].
Mereka meninggalkan Din
al-Sabi’ah [دين
الصابئة] dan mengikut
Zaradusyt yang diakui sebagai nabi yang diutuskan kepada mereka selama hampir
1000 tahun. Mereka berada dalam agama tersebut sehingga sampai ke zaman
Khulafa’ al-Rasyidin yang ketiga, Sayyidina ‘Uthman ibn ‘Affan.[27]
Bangsa Salman al-Farisi Dari
Perspektif Al-Qur’an:
Dalam al-Qur’an, persoalan bangsa Salman al-Farisi
telah dikemukakan para mufassir khususnya berkaitan dengan surah al-Jumu’ah
(62), ayat ke-3:
وآخرين منهم لما يلحقوا بهم وهو العزيز الحكيم
“Dan (juga) kepada kaum yang lain
daripada mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dia-lah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Dari segi asbab al-nuzul (sebab penurunan
ayat) dan tafsirannya dikatakan bahawa ia berhubungan dengan suatu
peristiwa yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah (r.a) dan juga Abu Ja’far (r.a)[28]
tentang suatu pertanyaan yang dikemukakan oleh seseorang kepada Nabi Muhammad (s.a.w)
mengenai “kaum yang lain“ yang dimaksudkan, lalu Nabi (s.a.w) menerangkannya
dalam sabda baginda (s.a.w):
و جماعة عن ابي هريره قال : كنا جلوسا عند النبي (ص)حين انزلت سورة الجمعة فتلاها فلما بلغ (وآخرين منهم لما يلحقوا بهم) قالله رجل: يا رسول الله من هؤلاء الذين لم يلحقوا بنا؟ فوضع يده على سلمان الفارسي (رض) ، و قال: ((والذي نفسي بيده لو كان الايمان بالثريا، لناله رجال من هؤلأء)) فانه صلي الله تعالى عليه وسلم اشار بذلك الى انهم فارس. [29]
“[Demi Tuhan dengan diriku ini di tangan-Nya] sekiranya Iman (al-Iman) berada di (bintang) Thurayya, kaum lelaki daripada golongan ini tentu dapat mencapainya, maka Nabi (SAW) memperlihatkan bahawa mereka merupakan bangsa Farsi [Faris].”[30]
Bangsa Salman al-Farisi Dari
Perspektif Al-Hadith:
Nabi Muhammad (s.a.w) dalam beberapa buah hadith
menghubungkan persoalan kelebihan bangsa Parsi [باب
فضل فارس] dan Salman
al-Farisi kepada al-Din al-Islami seperti berikut:
قال رسول
الله (ص) ((لو كان الدين
عند الثريا
لذهب به رجل
من فارس - او قال - من ابناء
فارس
حتى يتناوله
))[31]
Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Sekiranya al-Din berada di (bintang) Thurayya, kaum lelaki daripada golongan ini tentu dapat mencapainya, atau – daripada keturunan Faris sehingga mereka berjaya mencapainya.”
عن ابي
هريره قال:
كنا جلوسا عند
النبي (ص) اذ فانزلت
عليه سورة
الجمعة
وآخرين منهم
لما يلحقوا
بهم
قال قلت : من هم يا رسول
الله؟
فلم يراجعه
حتى
ساله
ثلاثا
و فينا سلمان
الفارسي وضع
رسول الله (ص)
يده على سلمان
ثم قال ((لو كان الايمان
عند الثريا،
لناله رجال
او رجل من هؤلأء))
((لناله رجال
من هؤلاء)).[32]
عن ابي هريره قال: كنا جلوسا عند النبي (ص) اذ نزلت عليه سورة الجمعة فلما قرا: وآخرين منهم لما يلحقوا بهم [الجمعة] قال رجل: من هؤلاء؟ يا رسول الله ! فلم يراجعه النبي (ص) حتى ساله مرة او مرتين او ثلاثا قال و فينا سلمان الفارسي. قال فوضع النبي (ص) يده على سلمان، ثم قال ((لو كان الايمان عند الثريا، لناله رجال من هؤلأء)).[33]
Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Sekiranya al-Iman berada di (bintang) Thurayya, lelaki atau beberapa orang lelaki daripada golongan mereka tentu dapat mencapainya.”
((والذي
نفسي بيده لو كان العلم
بالثريا،
لناله رجال
من هؤلأء))[34]
Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Demi diriku yang berada di tangan-Nya, sekiranya al-‘Ilm [Ilmu] berada di (bintang) Thurayya, lelaki daripada golongan mereka tentu dapat mencapainya.”
Bangsa Salman al-Farisi dari konteks keunikan dan kedinamikan:
Dari segi keunikan dan kedinamikan bangsa atau keturunan Parsi [ابناء فارس] berdasarkan kepada hadith Nabi Muhammad (s.a.w), penelitian dan tumpuan akan diberikan kepada beberapa aspek berikut sebagai landasan untuk memahami kejayaan dan kegemilangan bangsa Salman al-Farisi dalam dunia kini, di antaranya:
·
Bangsa Salman al-Farisi dan signifikannya kepada
Dunia Islam kini:
Keislaman:
Bangsa Salman al-Farisi selepas menganuti Islam,
menghayati dan mengamali Islam dalam kehidupan mereka dengan sepenuhnya. Mereka
membentuk jati diri, kekuatan fizikal, mental dan spiritual berasaskan Islam.
Mereka tertarik kepada Islam kerana
sikap Rasulullah (s.a.w) terhadap Salman al-Farisi itu sendiri, membebaskan
Salman al-Farisi daripada perhambaan, meletakkan bangsa Salman al-Farisi [yang
merupakan salah satu bangsa Ajam (bukan Arab)] setaraf dengan bangsa-bangsa
lain khususnya bangsa Arab yang begitu fanatik kepada bangsa mereka pada zaman
itu.
Bangsa Salman al-Farisi gemar bertanya dan
mempersoalkan sesuatu, yang apabila diyakini sesuatu kebenaran agama itu,
mereka akan menerimanya dengan sukarela dan bukan secara paksaan walaupun
mereka pada asalnya mengikut agama Zoroaster [Majusi].
Bangsa Salman al-Farisi datang ke Madinah, memeluk
Islam sama ada pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) mahupun selepasnya dengan penuh
ketaatan kepada Nabi Muhammad (s.a.w). Mereka tertarik kepada Islam juga
disebabkan sikap dan sifat Ali bin Abi Talib (k.w):
·
Bangsa yang sejak dari zaman Nabi Muhammad (s.a.w) lagi telah memilih untuk
mengikuti Ali bin Abi Talib dengan penuh keyakinan menerusi kebenaran Ali bin
Abi Talib (k.w) berdasarkan perintah dan sikap Nabi Muhammad (s.a.w) sendiri
terhadap Ali bin Abi Talib (k.w).
·
Bangsa yang mengikuti Salman al-Farisi, yang menjejaki setiap langkah Ali
bin Abi Talib dan tidak pernah bertukar arah sepanjang hayatnya.
·
Bangsa yang mendokong kekuatan hujah yang mantap dan keyakinan yang tinggi
bahawa Ali bin Abi Talib (k.w) merupakan tokoh yang paling layak untuk diikuti
dan ditaati [selepas Nabi Muhammad (s.a.w)].
·
Bangsa yang takjub dengan layanan yang ditunjukkan Ali bin Abi Talib (k.w)
kepada kedua-dua orang puteri Kerajaan Parsi semasa mereka menjadi tawanan
perang, dan selepas memperolehi segala jawapannya, mereka memenuhkan hati
mereka dengan kecintaan dan penghormatan terhadap Ali bin Abi Talib (k.w) dan
kaum kerabatnya.
·
Sejarah memperlihatkan bahawa ketika
para tawanan Mada’in (Tisfun) dibawa ke Madinah, Khalifah kedua, ’Umar ibn
al-Khattab memerintahkan semua tawanan wanita [termasuk dua orang puteri
Maharaja Parsi, Yazdjard] dijadikan hamba kaum muslim. Bagaimanapun, Ali bin
Abi Talib (k.w) tidak membenarkannya dan meminta kedua-dua orang puteri
[Maharaja Parsi] itu dikecualikan dan dimuliakan. Kedua-duanya merupakan puteri
Maharaja Yazdjard Iran, dan tidak boleh dijadikan hamba. Khalifah bertanya
langkah yang perlu diambil, Ali bin Abi Talib (k.w) mencadangkan setiap seorang
puteri itu dibenarkan secara bebas memilih calon suami dari kalangan kaum
muslim. Justeru, mereka membuat pilihan sendiri. Shahr Zanan memilih Muhammad
bin Abu Bakr (r.a) sementara Shahr Banu memilih Husayn bin Ali (r.a), cucu Nabi
Muhammad (s.a.w). Shahr Zanan, isteri Muhammad bin Abu Bakr (r.a) telah melahirkan
anak lelaki, Qasim al-Faqih, yang merupakan bapa kepada Umm Farwah yang menjadi
ibu kepada Imam Ja’far bin Muhammad al-Sadiq (r.a) [Imam ke-6 dalam madhhab
Imamiyyah Ithna-Asyariah][Guru kepada empat orang tokoh pengasas mazhab fiqh
terkenal, Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah iaitu Abu Hanifah al-Nu’man, Malik bin
Anas, Muhammad bin Idris al-Syafi’i dan Ahmad ibn Hanbal]. Shahr Banu pula
melahirkan Imam Ali bin al-Husayn Zayn al-Abidin.
Keilmuan:
Bangsa Salman al-Farisi mempunyai para ulama yang
ramai[35] dan penguasaan keilmuan dalam pelbagai
bidang. Penglibatan dalam semua aspek keilmuan berkaitan keagamaan, termasuk
bidang Falsafah, Irfan, Sains, Teknologi dan lain-lain, dengan semua cabang
ilmu itu berteraskan Islam dan tidak pernah
dilihat terasing daripada Islam dalam versi tersebut.[36] Bangsa yang bersikap terbuka terhadap
sains dan teknologi [Barat mahupun Timur] dengan menganggapnya sebagai universal truth yang dijadikan asas
dalam pembentukan bangsa tersebut.[37]
Kesannya, bangsa Salman al-Farisi dalam era
globalisasi dan dunia tanpa sempadan mempunyai keupayaan dan kebolehan
menguasai teknologi nuklear yang merupakan suatu “advantage” khususnya
di kalangan negara muslim selain Pakistan terhadap ancaman dan gugatan kuasa
non-muslim [Barat mahupun Timur]. Mereka telah pun membuktikan keupayaan dan
kebolehan mereka menguasainya dan memperlihatkan sikap tidak bersedia
membenarkan hak dan kejayaan itu dirampas oleh non-muslim [Barat mahupun Timur]
yang ingin membeku, merampas dan menghapuskannya.
Kepimpinan:
Kepimpinan para ulama tradisional
dalam dunia moden dari semua aspek kehidupan. Ketundukan dan kepatuhan kepada
suatu sistem kepimpinan berasaskan “top – down” dan bukannya berasaskan
“bottom - up.”
Justeru, kelihatan dalam konteks
revolusi Iran 1979, gerakan dimulakan dari atas mengarah ke bawah dan
menggerakkannya sehingga mereka mencapai apa yang mereka cita-citakan hari ini.
Ia sama seperti yang dicadangkan oleh salah seorang pemikir muslim terbesar pada
abad mutakhir, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani. Revolusi ini dikatakan bersifat
ketuhanan dan bermatlamat membawa kebahagiaan kepada seluruh umat manusia[38]
dan secara khusus muslim seluruh dunia Islam. Dengan kata-kata lain, revolusi
Iran dianggap Revolusi Islam kerana ia berasaskan pemikiran dan semangat
Islam.
Tradisi kepimpinan yang kuat
membolehkan mereka berpengaruh dalam kepimpinan dunia Islam dan kaum muslimin
sejagat dalam OIC dan badan-badan dunia berkaitan dunia Islam.
Ketaatan:
Sistem ketaatan yang unik dalam
Islam, lanjutan daripada sistem ketaatan kepada al-Imamah dan al-Khilafah
dalam tradisi kepimpinan dan hierarki keilmuan mereka, diturunkan kepada konsep
dan sistem ketaatan kepada konsep Marja’ al-Taqlid dan Wilayah
al-Faqih dan seumpamanya. Wali
al-Faqih merujuk kepada autoriti perundangan tertinggi, manakala Wilayah al-Faqih berperanan sebagai
institusi yang merentasi ketiga-tiga kuasa tertinggi dalam negara atau
kerajaan.[39] Ia
merupakan autoriti spiritual [sebelum kemunculan Imam yang tersembunyi yang
akan muncul pada akhir zaman bagi membawa keadilan kepada dunia].[40]
Kewujudan majlis ulama tertinggi
sebagai badan tertinggi untuk menangani isu-isu peringkat tertinggi melibatkan
polisi negara dan survivalnya. Dalam kepimpinan di peringkat kementerian,
budaya “check and balance” dilaksanakan dengan seorang alim besar
ditempatkan untuk memantau dan memastikan halatuju yang betul diikuti.[41]
Para ulama akur dan patuh kepada
kepimpinan ulama tertinggi. Bangsa Salman al-Farisi merupakan warga dan rakyat
yang akur, taat dan patuh kepada para ulama. Sebarang keputusan yang diputuskan
diterima tanpa berbelah bahagi dan mereka komited dengan keputusan yang dibuat.
Kelihatan konsep ulama seperti disebutkan dalam al-Qur’an dan al-Hadith, iaitu
“انما
يخشى الله من
عباده
العلماء” dan “العلماء
ورثة
الانبياء”
dipraktikkan dan diimplementasikan dalam
realiti.
Keberanian:
Keberanian mempertahankan kebenaran
seperti Salman al-Farisi dengan penuh keyakinan dan ketaatan, mempertahankan
kebenaran dengan segala keberaniannya dan sejarah membuktikan bahawa beliau
tetap bersama-sama al-Qur’an dan kebenaran sepanjang hidupnya. Bangsa Salman
al-Farisi hari ini memiliki sifat dan sikap tidak bertolak ansur dalam urusan
membabitkan kebenaran dan kebatilan dan juga dalam isu-isu sensitif yang
melibatkan kepentingan Islam. Bangsa yang berusaha untuk “liberate” rakan-rakan
non-muslim mereka dalam masyarakat Barat daripada kesalahfahaman dan propaganda
palsu terhadap Islam sebagai agama dan sistem kehidupan:
·
Surat Imam Khomeini kepada Presiden Russia, Mikhail Gorbachev
mengajaknya mengenali Islam,
·
Surat Presiden Iran, Ahmadinejad kepada Presiden Amerika Syarikat,
George Bush dengan tujuan yang sama.
·
Sepucuk surat oleh Shaykh Mohammad Hossein Kashef al-Gheta kepada
rakannya berbangsa Amerika, Garland Evans Hopkins [Vice-President of the
Friends of the Middle East] di Timur Tengah [sekitar tahun 1954].[42]
Bangsa Salman dengan keberanian
mengajak negara-negara muslim kembali kepada Islam dan memperingatkan mereka
tentang musuh-musuh Islam. Contoh: Sepucuk surat kepada Mohammad Ali, Perdana
Menteri Pakistan bertarikh 20 Rajab 1373 mengandungi nasihat dan peringatan
kepada Pakistan sebagai sebuah bangsa yang dibentuk atas nama Islam dan berada
dalam naungan Islam serta kedudukan Amerika Syarikat sebagai musuh Allah dan
musuh Nabi (s.a.w)[43]
Kashef al-Ghita menjelaskan
perselisihan yang berlaku di kalangan muslim, yang dianggap olehnya sebagai
kejahilan. Katanya: “Kita muslim sentiasa berangan-angan. Kita mempunyai
kata-kata yang bijaksana tetapi tanpa tindakan. Kita menyelesaikan persoalan
kulit tetapi bukan persoalan isi. Kita memberikan perhatian yang keterlaluan
kepada perkara cabang [furu’] tetapi bukan kepada asas [usul]. Kita berlawanan
dengan keturunan kita. Mereka merupakan manusia yang bertindak dan dikurniai
ketekunan dan kegembiraan. Mereka lebih sensitif terhadap kebenaran dalam
perbuatan mereka berbanding dalam perkataan mereka. Mereka tegas dalam memenuhi
matlamat mereka tanpa bersusah payah. Menerusi penerimaan sifat baik dan murni
keturunan kita itulah orang lain telah mendahului kita. Pada masa lepas, kita
mendahului mereka, kini mereka mendahului kita pula.”[44]
Bangsa yang berusaha untuk berdikari dan tidak mahu bergantung kepada orang atau bangsa lain seperti kata-kata oleh Kashef al-Ghita sendiri: “Today, all moslems, even the deaf and the dumb, are aware that in every segment and in every corner of the Islamic lands exist serpents of deception with their mouths wide open in order to swallow the earth and everything on it. Is this situation itself not a good cause for muslim unity? Is it not enough to inflame their pride and courage and determine them to achieve their will? Is the intensity of their pain and hardship not enough to motivate them to unite and wipe out their vendettas?”[45]
Berhubung
dengan isu tenaga nuklear, Ayatollah Khamenei menjelaskan alasan pihak musuh
khususnya musuh Islam untuk menghalanginya adalah kerana “the gist of what
enemies say is that the Iranian nation should not have nuclear technology,
since it will become strong, and they will no longer be able to bully and
intimidate it.” Seterusnya dikatakan: “If today the Iranian nation does not possess and
benefit from nuclear technology, it will lag behind for several decades and in
a not too far future, it will have to beg for fuel from the aliens and enemies,
who will humiliate and trample on the honor and dignity of our nation if they
fulfill just a small part of its requirements.”[46]
Ketamadunan:
Perbincangan mengenai tamadun dan ketamadun bangsa Salman al-Farisi akan memerlukan suatu perbincangan yang berasingan kerana mereka merupakan bangsa yang mengalami proses kebangkitan dan kejatuhan pelbagai tamadun sepanjang zaman sehingga ke hari ini. Tamadun dan ketamadun bangsa ini membolehkan mereka mempunyai pendedahan, pengalaman dan pengaruh yang cukup besar dari segi kesan dan impaknya. Perbandingan yang lebih jelas akan dapat dilihat sekiranya proses perbandingan individu dan bangsa yang bertamadun dan individu dan bangsa yang tidak bertamadun dilakukan. Bangsa yang mengalami pertembungan budaya dan intelektual mempunyai corak dan bentuk pemikiran yang jauh lebih terbuka, dinamik, progresif dan pro-aktif, manakala perkara yang sebaliknya pula berlaku kepada bangsa yang tidak atau kurang bertamadun.
Dalam hal ini,
bangsa Salman al-Farisi yang mempunyai sejarah dan tamadun yang besar telah memperlihatkan kekuatan,
kewibawaan dan keunggulan dalam dunia ini. Mereka berjaya mengekalkan tamadun dan ketamadunan
mereka dan bahkan memperkasakannya
sehingga kini membolehkan mereka dikenali sebagai salah sebuah bangsa yang
dominan dan terkehadapan dalam dunia Islam, dan dunia bukan Islam sendiri.
Konklusi:
Presiden Republik Islam Iran, Mahmud
Ahmadi-Nejad menyatakan bahawa bangsa Iran merupakan bangsa yang suka berdamai dan bersahabat [a nation
of "peace and friendship"] yang selalu mendokong keamanan,
ketenteraman dan keselamatan kepada semua bangsa di dunia. Dikatakan bahawa
untuk menjadi model dan contoh bangsa dan masyarakat, bangsa Iran hendaklah
mengamalkan disiplin, kesatuan, kesetiakawan, bersatu, bekerjasama dan bekerja
kuat dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian. Dengan demikian, tiada suatu
kuasa akan mampu menghalang laluan ketawhidan bangsa Iran. Hal yang sama telah ditegaskan
oleh pemimpin tertinggi Kerajaan Republik Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei
yang menyatakan bahawa ”no nation will achieve progress without striving,
perseverance, innovation and initiative.“[47]
[1] Abu Nu‘aim al-Asbahani, al-Hafiz Abi Nu‘aim Ahmad bin
‘Abdullah (336-430/948-1039), Hilyah al-Awliya’ wa
Tabaqat al-Asfiya’, Beirut: Dar
al-Kitab al-‘Arabi, Cet. II,
1387/1967, I, h.185-208; Hasan Ibrahim Hasan, Dr., [1400/1980] Zu‘ama’
al-Islam, al-Qahirah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, h.93; al-Kandahlawy,
Muhammad Yusof [t.t], Hayat al-Sahabah,
Halab: Dar al-Wa’y, Cet. Baru, II, h.181; Shorter Encyclopaedia of Islam,
h.500.
[3]
Lihat: Isaiah 21: 13-14; Lihat sama: Ibn Ishaq, Muhammad (m.151/768), Sirah,
Khidmat al-Khayriyyah Idarat al-Nasyr wa al-Tawzi’; Hasan Ibrahim Hasan,
Dr., Zu‘ama’ al-Islam, h.94.
[4]
Lihat: Isaiah 42; Lihat: Ibn Hisham, ‘Abd al-Malik (m.219/834) [1981], Sirah
al-Nabi, I,
[5] Ibn
al-Athir, ’Izz al-Din bin al-Athir Abi al-Hasan ’Ali bin Muhammad al-Juzari
(m.630/1233) [t.t], Usd al-Ghabah Fi Ma’rifat al-Sahabah, Dar al-Sya’b,
II, h.421; Hasan Ibrahim Hasan, Dr., Zu‘ama’ al-Islam, h.99.
[6] Shorter
Encyclopaedia of Islam, h.500.
[7] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, II, h.420.
[8] Hasan
Ibrahim Hasan, Dr., op.cit, h.98.
[9]
Contoh hadith riwayat Salman al-Farisi, lihat: al-Dhahabi, Shams al-Din
Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman (m.748/1374), Siyar A’lam al-Nubala’,
[10]
Ibn Hisham, Sirah, I, h.228-234; Abu Nu’aim al-Asbahani, Hilyat al-Awliya’, I, h.192; al-Dhahabi,
Siyar A’lam al-Nubala’, I, h.524.
[11] Lihat: Al-Haythami, Majma’ al-Zawa’id, IX,
h.131; Ibn Hajar al-Haythami, Ahmad bin Hajar al-Haythami al-Makki
(m.974/1566), al-Sawa‘iq al-Muhriqah fi al-Radd ‘ala Ahl al-Bid‘ wa
al-Zindiqah, Dar
al-Kitab al-‘Ilmiyyah, Beirut,
Cet.I, 1403/1983, h.96; Abu Nu’aim al-Isbahani, Hilyat al-Awliya’, I,
h.190.
[12] Hasan Ibrahim Hasan, Dr., Zu‘ama’
al-Islam, h.97.
[13] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah,
II, h.417.
[14] Lihat: Ibn Hanbal, Ahmad
bin Muhammad bin Hanbal (164-241/781-856), al-Musnad, Dar al-Ma‘arif,
Misr, Cet.IV, 1373/1954, V, h.351; al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin
Sarwah (m.279/892), Sahih,
Matba‘ah Mustafa al-Bab al-Halabi, Misr, Cet.II, 1395/1975, II, h.299;
al-Hakim, Abi ‘Abd-Allah Muhammad bin ‘Abd-Allah al-Hakim al-Naysaburi (m.321-405/933-1014), al-Mustadrak
‘ala al-Sahihain fi al-Hadith,
Dar al-Fikr, Beirut, 1398/1978, III,
h.130; al-Fayruzabadi, Fada’il al-Khamsah
min al-Sihhah al-Sittah, II, h.200-202; Abu Nu’aim al-Isfahani, Hilyah al-Awliya’, I, h.172, 190;
al-Haythami, Majma’ al-Zawa’id, IX, h.155; Ibn Hajar, Ahmad bin ‘Ali bin
Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali bin Ahmad (m.852/1448), Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1326/1908, X, h.282; Ibn ‘Abd al-Barr,
Yusuf bin ‘Abd-Allah al-Namiri
al-Qurtubi (368-463/979-1071), al-Isti‘ab Fi Ma‘rifah al-Ashab,
Matba‘ah Da’irah al-Ma‘arif al-Nizamiyyah, Hyderabad, Deccan,
Cet.II, 1336/1917, I, h.280; II, h.557; Ibn
Hajar al-Haythami al-Makki, al-Sawa’iq
al-Muhriqah, [Hadith no.5 - riwayat al-Tirmidhi dan al-Hakim, menerusi
al-Buraydah daripada Nabi Muhammad (s.a.w)]
[15] Ibn Hajar al-Haythami al-Makki, ibid, [Hadith no.39 – riwayat daripada al-Tirmidhi dan al-Hakim menerusi Anas bin Malik daripada Nabi Muhammad (s.a.w)]; al-Haythami, Majma’ al-Zawa’id, IX, h.117; Abu Nu’aim al-Isbahani, Hilyat al-Awliya’, I, h.190.
[16] Lihat asbab al-Nuzul kepada Surah
al-‘Asr.[Lihat: Syihab al-Din Ahmad al-Syirazi al-Hasani al-Syafi’i, Tawdih
al-Dala’il, h.171; al-Hilli, al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar (m.726/1326), Dala’il
al-Sidq, II, h.267; Husayn al-Syakiri, ‘Ali fi al-Kitab wa al-Sunnah,
h.358-359.
[17] Al-Haythami, Majma’
al-Zawa’id, IX, h.117 [Riwayat al-Bazzar], h.155; al-Muttaqi al-Hindi, ‘Ali bin Husam al-Din
(m.975/1567), Kanz al-‘Ummal Fi
Sunan al-Aqwal wa al-Af‘al,
Matba‘ah Majlis Da‘irah al-Ma‘arif al-‘Uthmaniyyah,
Hyderabad, Deccan, Cet.II, 1374/1954,
VI, h.428; al-Fayruzabadi, Fada’il al-Khamsah, II,
h.200-202; al-Waqidi, Muhammad ibn `Umar, (m.129/747 @
208/823)[1966], Maghazi, Oxford University Press, II,
h.446; Ibn Hisyam, Sirah, II, h.224;
[18] Ibn
al-Athir, Usd al-Ghabah, II, h.421; al-Dhahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, I, h.539; Hasan Ibrahim Hasan, Dr., Zu‘ama’
al-Islam, h.97 dan 98.
[19] Ibn
al-Athir, Usd al-Ghabah, II, h.420.
[20] Lihat: ‘Ali Sa’adat Tharwar (1213/1798), Sirr
al-Isra’ fi Syarh Hadith al-Mi‘iraj, III, Qum, h.120; al-Majlisi, Muhammad Baqir (m.1111/1691), Bihar al-Anwar al-Jami‘ah li Durar Akhbar al-A’immah al-Athar, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Mu’assasah al-Tarikh al-
‘Arabi, Beirut, 1412/ 1992, XXII, h.347.
[21] Al-Kulayni, Abi Ja‘far Muhammad ibn Ya‘qub bin Ishaq
al-Kulayni al-Razi (m.328-9/ 940), Usul al-Kafi, Dar al-Adwa’,
[22] Lihat: Al-‘Aini, Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad (m.855/1451), [t.t], ‘Umdat al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, XIX, Dar al-Fikr, h.235.
[23] Al-‘Aini, ibid, XIX, h.235.
[24] Al-‘Aini, ibid, XIX, h.235.
[25] Kaum Yahudi beranggapan bahawa hanya kaum
dan bangsa mereka sahaja berketurunan Sam bin Nuh, sehingga sebarang bentuk
tentangan dan serangan terhadap kaum Yahudi dianggap sebagai “anti-Semitik,“ sedangkan dari segi
realitinya, bangsa tersebut merupakan salah satu bangsa Semitik [dinisbahkan kepada Sam bin Nuh] dan bukanlah satu-satunya
bangsa daripada rumpun Semitik.
[26] Ibid, h.454.; Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, VIII, h.454.
[27] Al-‘Aini, ‘Umdat al-Qari, XIX,
h.236.
[28] Al-Tabarsi, Abu ‘Ali al-Fadil bin al-Hasan
(m.548/1128) [t.t], Majma’ al-Bayan, IX,
[29] Al-Alusi, Syihab al-Din Mahmud bin ‘Abd-Allah
(m.1270/1854), [t.t], Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘
al-Masani, XXVIII, Beirut: Dar al-Fikr, h.94; al-Tabataba’i, al-Sayyid Muhammad Husayn (m.1321/1903) (t.t), al-Mizan, XIX, 1394/1974, Cet.II,
h.268-269.
[30] Al-Tabari, Abu
Ja‘far Muhammad bin Jarir (m.310/923), (t.t), Jami’
al-Bayan, XXVI, h.96; al-Zamakhsyari, Jar
Allah Abu al-Qasim Mahmud bin ‘Umar (m.538/1144) (t.t), al-Kasysyaf, IV,
Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi,
Cet. Akhir, 1392/1972, h.102; al-Khazin, ‘Ala’ al-Din ‘Ali bin Muhammad bin
Ibrahim (m.725/1341) [t.t], Lubab al-Ta’wil, IV, Mesir: Dar
al-Kutub al-’Arabiyyah al-Kubra, h.284.
[31] Muslim, Abu al-Husayn Muslim bin Hajjaj
(m.261/875) (t.t), Sahih, IV, [Tahqiq: ‘Abd al-Baqi], ‘Isa al-Babi
al-Halabi wa Syurakah, h.1972.
[32] Al-Bukhari, Abu ‘Abd-Allah Muhammad bin Isma‘il
(m.256/870), Matn al-Bukhari: Bi-Hasyiyah al-Sanadi, III,
Sinqapurah-Jaddah: al-Haramayn, h.201.
[33] Muslim, (t.t), ibid, IV, h.1973;
al-Bukhari, ibid, III, h.201-202; al-‘Aini, ‘Umdat al-Qari, XIX,
h.235, 391; Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, VIII, h.453-454;
al-Khazin, Lubab al-Ta’wil, IV, h.284.
[34] Al-Tabataba’i, (t.t), al-Mizan, XIX, 1394/1974, Cet.II,
h.268-269; Lihat sama: Ibn Hanbal, al-Musnad,
XV, h.96 [Hadith no.7937 – dinyatakan juga bahawa hadith seumpama ini turut
dikemukakan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi dan al-Nasa’i]
[35] Al-‘Aini, ‘Umdat al-Qari, XIX,
h.235.
[36]
Ali al-Hashimi, Dr., (1987/1407), Friday
Prayer Lectures on Selected Islamic Subjects, Sepehr: IPO [268], h.43.
[37]
Seyyed Vali Reza Nasr (1993), “Religious Modernism in the Arab World, Indian
and
[38]
R.K.Ramazani (1990), “
[39] The Islamic Consultative Assembly of the Islamic Republic of Iran, 1984/1404, Sepehr, IPO, h.14.
[40] R.K.Ramazani, ibid, h.48.
[41] The Islamic Consultative Assembly, h.18-19.
[42] Kashef al-Gheta (1987/1407), Islamic Anti-Imperialism, Sepehr: IPO [273], h.7-37. [Bahkan banyak lagi perutusan seumpama itu telah dilakukan oleh barisan kepimpinan bangsa Salman al-Farisi.]
[43] Ibid, h.38.
[44] Ibid, h.40.
[45] Ibid, h.41.
[46] http://www.khamenei.ir/EN/News/detail.jsp?id=20060321B
[
[47] http://www.khamenei.ir/EN/News/detail.jsp?id=20050628A.
[