Pelajaran Tauhid Bab Satu; Pelajaran Pertama; Pandangan Dunia Tentang Kewujudan
Muqadimmah
Al-Deen dari segi bahasa
bermaksud ketaatan (berpegang) kepada agama, adat, kebiasaan, atau cara
hidup yang dipilih oleh
seseorang individu itu.
Dari segi istilah al-Deen bermakna mengakui bahawa alam ini ada Penciptanya
(Tuhan) yang
menentukan segala peraturan
termasuklah peraturan hidup manusia, dan manusia wajib mengikuti segala
peraturan yang telah
ditetapkan oleh Tuhan.
Tiga perkara asas dalam kepercayaan
(Usuluddin) beragama ialah Tauhid (kepercayaan kepada Tuhan), Nubuwwah
(Kenabian) dan Ma'ad (Hari
Kebangkitan atau Hari Akhirat). Bagi memudahkan perbahasan tiga prinsip
asas tersebut
dipecahkan kepada dua lagi
iaitu 'Adalah (Keadilan Ilahi) termasuk dalam prinsip Tauhid, dan Imamah
(percaya kepada Imam
12) (Imam-imam pewaris kepada Nabi SAWA). Dalam Furu'uddin (Cabang Agama) terdapat
banyak perkara. Perkara
yang terpenting iaitu - solat, puasa, zakat, haji, jihad, amar maaruf nahi
mungkar, tawalli (menyintai
dan mendokong Nabi SAWA
dan Ahlul Bayt AS), tabarri (tidak mendokong musuh-musuh mereka). Selain
daripada itu ialah
seperti jual-beli, nikah,
talak, akhlaq dan lain-lain lagi.
Pandangan Dunia Tentang Kewujudan
Sesetengah manusia melihat
dunia ini dengan pandangan bahawa segala kewujudan termasuk dunia dan apa-apa
yang ada di
dalamnya bermatlamat dan
mempunyai tuan, yakni tempat bergantung Yang Maha Mengetahui, berdasarkan
kepada perkara di
atas, maka dunia ini mempunyai
undang-undang dan peraturan. Pandangan ini dinamakan pandangan dunia Ilahi.
Sesetengah manusia yang lain
melihat dunia ini dengan pandangan bahawa segala kewujudan ini terjadi
dengan sendirinya tanpa
perancangan, tanpa tujuan
dan tanpa perkiraan dan semua kewujudan akan musnah dengan kematian. Pandangan
ini
dinamakan pandangan dunia
material.
Falsafah Perbahasan Pandangan Dunia Dan Kepentingan
Faedah dan kepentingan perbahasan
dua pandangan dunia ini tidak diragukan lagi kerana sekiranya dunia yang
penuh dengan
keajaiban ini mempunyai
pemilik perkiraan dan tujuan maka kita juga sebagai sebahagian daripada
dunia ini perlu mengenali
pemilik kita, seterusnya
melakukan perkara-perkara yang dikehendaki dan diredhai olehNya, dan sekiranya
dunia ini tidak
mempunyai pemilik, matlamat
dan perkiraan, maka dengan ini ia menjadi dalil bagi kita supaya tidak
terikat dengan
undang-undang dan peraturan.
Peranan Pandangan Dunia
Seandainya pintu rumah kita
diketuk pada waktu tengah malam, selagi tidak jelas bagi kita siapa pengetuknya,
maka kita tidak
akan membuka pintu untuknya,
dan selagi kita tidak tahu keadaan cuaca di luar, maka kita tidak tahu
pakaian apa yang sesuai
untuk dipakai. Seandainya
kita dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis, selagi tidak jelas bagi
kita untuk apa majlis itu
diadakan maka kita tidak
tahu pakaian apa yang sesuai untuk dipakai (misalnya di antara keduri arwah
dan kenduri
perkahwinan). Justeru, pengetahuan
kita tentang sesuatu perkara perlu jelas terlebih dahulu supaya tanggungjawab
yang perlu
dilaksanakan lebih jelas,
dengan kata lain, pandangan dunia kita mempunyai kesan secara langsung
kepada aqidah, cara
pemikiran, tingkah laku
dan bentuk pilihan kita.
Pemilihan Pandangan Dunia
Pandangan dunia yang membahaskan
tentang kewujudan dunia dan manusia terbahagi kepada dua:
1.Pandangan dunia Ilahi
- menerima bahawa bagi kita kewujudan dunia ini ada pemilik, perkiraan,
undang-undang, dan
matlamat.
2. Pandangan dunia material
- menerima bahawa bagi dunia ini tiada pemilik, undang-undang, matlamat,
dan menuju kepada
kehancuran.
Berasaskan kepada faedah
dan kepentingan dunia yang mana manusia terpaksa memilih salah satu daripada
dua pandangan
dunia ini.
Pandangan Dunia Yang Sewajarnya
Tiga ciri yang perlu dalam
memilih pandangan dunia:
1. Pandangan dunia ini perlu
dibuktikan dengan dalil akal.
2. Pandangan dunid ini perlu
sesuai dengan fitrah manusia.
3. Pandangan dunia ini perlu
mempunyai nilai yang mana mampu memberi ransangan, harapan, dan tanggungjawab
kepada
manusia.
1. Akal mengatakan bahawa
setiap kesan pasti ada pemberi kesan. Keadah ini terlalu mudah difahami
sehinggakan kalau
ditiupkan dengan perlahan
ke muka seorang bayi, pasti bayi tersebut akan membuka matanya dan akan
melihat di sekelilingnya
yang mana bayi ini faham
bahawa tiupan ini pasti ada puncanya. Memang benar, memahami pemberi kesan
adalah satu keadah
yang terlalu mudah untuk
difahami kerana ianya berlaku setipa hari, sebagai contoh,kalau kita melihat
kes-kes di mahkamah,
pasti mereka memerlukan
bukti untuk mendakwa dan membicarakan seseorang. Bagaimana dapat kita menerima
hakikatnya
sebuah lukisan burung merak
yang perlu kepada seorang pelukis, sedangkan burung merak itu sendiri tidak
perlu kepada
pencipta?
Meringkaskan bicara, bahawa
akal di dalam menganalisis dunia mendapati bahawa dunia ini mempunyai Pencipta
Yang Maha
Bijaksana, dengan melihat
kepada dunia ini yang penuh dengan keajaiban dan tersusun dengan rapinya
maka ia mendorong kita
untuk menerima pakai pandangan
dunia Ilahi.
2. Bagi memudahkan pemahaman,
maka kita terlebih dahulu akan membahaskan makna fitrah dan selepas itu
kita akan
membahaskan keserasian pandangan
dunia Ilahi dengan fitrah.
Fitrah bermakna ciptaan,
semua jenis perasaan yang wujud di dalam diri manusia dengan kewujudannya
tidak perlu kepada
usaha, pelajaran, guru,
dan pendidik, dan perasaan ini bersifat kekal, tanpa mengira masa dan tempat.
Bukti fitrah adalah
kerana ia merangkumi semua
manusia. Sebagai contoh, kasih sayang seorang ibu kepada anaknya adalah
fitrah kerana
perasaan ini wujud dalam
diri ibu tanpa perlu kepada pelajaran seorang guru atau pendidik, dan perasaan
ini wujud di dalam
diri semua kaum ibu tanpa
pengecualian, perbezaannya cuma pada tahap kasih sayang tersebut sama ada
kasih sayang itu di
tahap tinggi atau rendah.
Sekarang kita lihat, adakah
pandangan dunia Ilahi bersesuaian dengan fitrah? Jika kita tanya kepada
semua manusia di setiap
masa dan tempat - Apakah
perasaan saudara tentang kewujudan dunia dan kewujudan manusia? Adakah
di dalam diri
saudara, saudara rasa bebas,
yakni tidak bergantung dan tidak berhajat kepada sesuatu? Atau saudara
rasa bergantung dan
berhajat kepada sesuatu?
Jawapannya pasti - Ya. Tidak seorang pun yang akan mengatakan yang mereka
tidak merasakan
rasa kebergantungan kepada
sesuatu. Semua manusia merasakan kebergantungan kepada sesuatu. Perasaan
ini terbahagi
kepada dua:
1. Perasaan benar ini diisi
dengan pengisian yang benar.
2. Perasaan benar ini diisi
dengan pengisian yang palsu.
Sebagai contoh, seorang bayi
merasa dahaga (perasaan ini adalah benar), dia berasa kenyang dengan menghisap
susu dari ibu
yang bersusu dan kadang-kadang
dia juga berasa kenyang dengan menghisap dari ibu yang tiada susu atau
dengan diberikan
puting kosong(perasaan benar
diisi dengan sesuatu yang palsu maka bayi ini akan puas sebentar dan kemudian
apabila dia
sedar tiada susu maka dia
akan memberontak - menangis). Begitu juga dengan perasaan manusia, yang
mana perasaan ini
adalah benar, namun kepada
siapa patutu mereka bergantung? Kepada kekuatan pemilik dunia (Allah SWT)
atau kepada
kekuatan tabi'i?
Kekuatan tabi'i juga dengan
sendirinya berhajat kepada ratusan kekuatan-kekuatan yang lain. Maka manusia
perlu bergantung
kepada satu kekuatan yang
mana kekuatan itu tidak berhajat kepada kekuatan yang lain, bermakna manusia
perlu bergantung
kepada kekuatan Allah SWT
selaku pemilik kepada dunia ini.
Tugas Para Nabi AS
Para Nabi AS berperanan dalam mengawasi perasaan halus manusia agar ianya dipenuhi dengan pengisian yang sebenarnya.
Adakah Perintah Pengabdian kepada Pencipta Dunia Bertentangan Dengan Kebebasan?
Kadang-kadang tergambar dalam
benak kita bahawa kerja-kerja para Nabi AS yang menyeru manusia supaya
mengabdikan
diri kepada Allah SWT bertentangan
dengan kebebasan manusia. Tetapi perlu diperhatikan bahawa di dalam penciptaan,
manusia tidak mampu untuk
hidup tanpa rasa kecintaan, pengabdian, dan pengharapan. Sekiranya perasaan
sedemikian tidak
dipimpin oleh para Nabi
AS, nescaya manusia akan tersesat. Berasaskan kepada perkaraa tersebut,
maka pengabdian kepada
Allah SWT merupakan pengisian
hakiki dan dapat menyelamatkan perasaan tersebut daripada pengisian palsu
dan
penyelewengan. Kembali kepada
perbincangan awal, bahawa pandangan dunia Ilahi dan keimanan kepada Allah
SWT
mempunyai asas fitrah.
Pandangan dunia ini perlu
mempunyai nilai yang mamu memberi ransangan, harapan, dan tanggungjawab
kepada manusia. Di
dalam pandangan dunia Ilahi,
setiap detik manusia berada di dalam pengawasan Allah SWT. Setiap keuzuran
diterima, setiap
kebaikan dan setiap keburukan,
tidak terlepas dari pemerhatian Allah SWT. Setiap kebaikan akan diganjarkan
Allah SWT
dengan syurga dfan keredhaanNya
dan pertolongan daripada Allah SWT untuk amal kebaikan. Setiap perkara
tersebut dapat
memberikan ransangan, harapan
dan tanggungjawab kepada manusia.
Pelajaran Kedua - Mencari Kebenaran
Punca Pencarian
Di antara ciri-ciri istimewa
yang dimiliki oleh ruh manusia ialah mempunyai sifat kecenderungan untuk
mencari kebenaran dan
mempunyai sifat ingin tahu
terhadap hakikat sesuatu perkara, kalau dilihat dan teliti, manusia sejak
dari di lahirkan sehinggalah
ke akhir hayat sentiasa
didampingi oleh sifat ini. Keadaan ini membuktikan bahaw sifat ini adalah
fitrah dan mampun
memggerakkan manusia untuk
mencari kebenaran dan penyelesaian kepada persoalan-persoalan yang berkaitan
dengan
agama, di antara persoalan
itu ialah:
1.Adakah benda yang ghaib
itu wujud?
2. Sekiranya benda yang
ghaib itu wujud, apakah ia ada hubungan dengan benda yang tidak ghaib?
3. Sekiranya ada hubungan
dengan benda yang ghaib, apakah hubungan benda ghaib Pencipta kepada yang
tidak ghaib?
4. Adakah kewujudan manusia
terbatas dengan badan material dan kehidupannya terhad kepada kehidupan
dunia sahaja atau
ada kehidupan yang lain?
5. Sekiranya ada kehidupan
lain apakah ada hubungan di antara kehidupan dunia dengan kehidupan yang
lain itu (akhirat)?
6. Sekiranya ada hubungan
apakah amalan di dunia yang mempunyai kesan kepada kehidupan di akhirat?
7. Apakah jalan yang sesuai
untuk mengenali seterusnya mengamalkan sistem kehidupan yang boleh menjamin
kebahagiaan di
dunia dan di akhirat?
8. Apakah sistem itu?
Maka disinilah naluri mancari
kebenaran berfungsi sebagai pendorong untuk manusia menyelesaikan persoalan-persoalan
di
atas dan akhirnya melahirkan
keterikatan manusia dengan agama.
Penggerak lain yang mampu
menguatkan kecenderungan manusia untuk mencari kebenaran ialah naluri keinginan
untuk
memperolehi setiap perkara
yang dihajatkan. Sepertimana yang dapat kita lihat bahawa agama mampu menjadi
pembantu
dalam usaha manusia merealisasikan
impian mereka, serta mampu membantu manusia dalam menjaga kepentingan mereka,
tetapi malangnya sebilangan
besar manusia menyangka bahawa penyelesaian kepada persoalan agama (Islam)
suatu perkara
yang susah dan tidak akan
memberi kesan yang ketara di dalam kehidupan mereka, justeru, mereka meninggalkan
perbahasan
berkaitan agama. Perlu dijelaskan
di sini bahawa perbahasan berkaitan agama (Islam) merupakan satu perbahasan
yang sangat
penting kerana ia membabitkan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dan perbahasan ini mempunyai nilai
yang sangat tinggi
tidak dapat ditandingi oleh
lain-lain perbahasan.
Ahli psikologi berpendapat
bahawa pengabdian diri kepada Tuhan adalah satu keinginan fitrah yang bersumberkan
daripada
naluri ingin beragama di
samping naluri ingin tahu, naluri ingin kebaikan, dan di samping naluri
ingin kecantikan.
Pendapat mereka disandarkan
kepada sejarah manusia di sepanjang period sejarah. Didapati bahawa agama
merupakan satu
perkara penting yang diamalkan
atau dianuti oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira masa dan tempat.
Ini menjadi
bukti bahawa naluri ingin
beragama merupakan suatu fitrah manusia tetapi makna fitrah bukanlah bermaksud
ia mesti sentiasa
aktif di setiap masa dan
setiap orang. Kadang-kadang disebabkan suasana persekitaran dan didikan
yang tidak betul dan tidak
sempurna maka ia boleh melemahkan
dan secara langsung menjadi fitrah itu tidak aktif.
Berdasarkan kepada perkara
di atas maka jelaslah kepada kita bahawa naluri pengabdian kepada Tuhan
merupakan satu fitrah
dan tidak perlu kepada dalil
lain untuk membuktikan bahawa ia adalah fitrah.
Kepentingan Mencari Kebenaran
Telah jelas kepada kita bahawa
naluri mencari kebenaran adalah fitrah dan juga naluri untuk mendapatkan
manfa'at serta
kebaikan dan menjauhkan
diri dari kerugian serta bahaya merupakan menggugat kepada naluri mencari
kebenaran.
Ketika seseorang mendapat
khabar bahawa di sepanjang sejarah ada kedapatan manusia-manusia yang tinggi
akhlaknya
mendakwa bahawa mereka diutuskan
oleh Pencipta alam untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia di dunia mahupun
di
akhirat. Mereka bersungguh-sungguh
dalam usaha dakwah menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran
dan sanggup menanggung segala
derita dan susah payah, mengorbankan segala harta benda mereka sehinggakan
nyawa
mereka terkorban dalam usaha
ini tanpa mengharapkan sedikitpun ganjaran dari apa yang telah dilakukan
maka manusia
dengan dibantu oleh naluri
mencari kebenaran akan mengkaji dan meneliti dengan bersungguh-sungguh
apakah dakwaan para
rasul itu benar dan mempunyai
dalil-dalil aqli (akal logik) yang mencukupi atau tidak? Lebih-lebih lagi
di antara dakwaan para
rasul itu membabitkan kebahagiaan
dan keselamatan yang kekal abadi bermakna dengan menerima ajaran mereka
akan
memperolehi kebahagiaan
yang tidak bertepi dan dengan mengingkari ajaran mereka akan ditimpa bencana
dan azab yang
tidak berkesudahan.
Maka akal yang sihat akan
bersungguh-sungguh mengkaji apa yang didakwa oleh para rasul tersebut yang
mungkin disebabkan
sifat malas dan ingin bersenang-lenang
serta berfoya-foya menjadi penyebab untuk manusia tidak mengkaji kebenaran
atau
disebabkan menerima agama
tidak bermakna segala pengerakannya terbatas dan tidak boleh melakukan
apa sahaha yang
diinginkan. Manusia seperti
ini sanggup menjualkan kebahagiaan yang kekal dengan keselesaan yang sementara.
Mereka
terpaksa berdepan dengan
akibat yang sangat dahsyat dan azab pedih yang tiada penghujung. Keadaan
manusia ini lebih teruk
daripada budak kecil yang
sakit tetapi tidak mahu berjumpa doktor. Justeru, Allah SWT mengumpamakan
manusia seperti ini
lebih hina daripada haiwan.
Penyelesaian Kepada Suatu Masalah
Segolongan manusia berpendapat
bahawa penyelesaian kepada suatu masalah " kami terima sebagai perbahasan
sekiranya
natijah kepada penyelesaian
itu diharapkan dan dapat dilihat hasilnya, tetapi kami tidak mengharapkan
natijah daripada
perbahasan agama, maka kami
lebih rela sekiranya masa dan tenaga yang kami gunakan untuk menyelesaikan
masalah-masalah
yang mana kami mengharapkan
natijahnya."
Ketika berdepan dengan orang
yang sedemikian, maka perlu dikatakan kepada mereka:
A. - Harapan terhadap penyelesaian
kepada masalah agama sama sekali tidak kurang hebatnya bahkan lebih hebat
berbanding
dengan natijah penyelesaian
kepada masalah-masalah yang lain dan kita tahu bahawa penyelesaian kepada
masalah selain
agama juga memerlukan puluhan
tahun untuk diselesaikan.
B. - Penilaian kepada sesuatu
perkara tidak terletak hanya kepada penyelesaiannya sahaja bahkan ia perlu
dilihat dari segi
kadar natijah itu. Contohnya
di dalam dunia perniagaan peratus untuk memperolehi hasil dari sesuatu
projek jangkaannya 5%
sahaja dan jangkaan peratus
perolehan hasil dari projek yang lain ialah sebanyak 30% tetapi kadar hasil
daripada projek awal
sekiranya berjaya akan memperolehi
keuntungan satu juta ringgit dan kadar hasil dari projek kedua sebanyak
seratus ribu
ringgit, maka ahli perniagaan
itu akan lebih memberikan tumpuan kepada projek awal kerana ia menjanjikan
kadar keuntungan
yang berlipat ganda berbanding
daripada projek kedua walaupun jangkaan untuk memperolehinya hanya sekadar
5% sahaja.
Maka oleh kerana kadar hasil
daripada projek mencari kebenaran tidak bertepi dan mengingkarinya akan
memperolehi kadar
azab yang juga tidak bertepi,
walaupun pada sangkaan segolongan manusia untuk mencari penyelesaian kepada
persoalan
agama terlalu susah dan
peratusan memperolehi penyelesaiannya cuma 5% tetapi disebabkan kadar hasilnya
terlalu besar maka
perbahasan ilmu agama lebih
bernilai dan natijahnya lebih diharapkan daripada perbahasan-perbahasan
yang lain.
Pelajaran Tauhid 3; Syarat Kehidupan Manusia
1. Muqaddimah
2. Manusia Inginkan Kesempurnaan
3. Kesempurnaan Manusia
Terletak Di Bawah Ketaatan Kepada Akal
4. Hukum Amali Akal Mesti
Diasaskan Kepada Ilmu Aqidah
5. Natijah
1. Muqaddimah
Pada pelajaran yang lepas
kita telah buktikan bahawa betapa pentingnya kebenaran dengan membawa dalil-dalil
fitrah yang
tidak dapat disanggah oleh
mana-mana pihak. Di sini kita masih lagi di dalam perbahasan tersebut cuma
dengan membawa
penjelasan yang lebih terperinci
dan kita akan memperolehi natijahnya. Sekiranya terdapat manusia-manusia
yang tidak
memikirkan tentang agama
dan tidak mahu terikat dengan pandangan dunia Ilahi dan ideologi yang sahih
maka mereka tidak
akan mencapai tahap kesempurnaan
bahkan mereka ini tidak layak digelar manusia sejati dengan kata lain syarat
untuk manusia
mencapai tahap kesempurnaan
hidup ialah mempunyai pandangan dunia dan ideologi yang sahih.
Dalil ini terbina daripada
tiga muqadimmah:
A. Manusia adalah suatu
kewujudan yang sentiasa mencari kesempurnaan.
B. Kesempurnaan manusia
terhasil daripada perilaku yang dipilihnya sendiri yang bersumberkan hukum
akal.
C. Hukum amali akal (ideologi)
tertakluk di bawah ilmu khas (Tauhid) yang utamanya ialah tiga asas penting
(i) ilmu tentang
Pencipta kewujudan (tauhid),
(ii) ilmu tentang akhir kehidupan (Qiamat), (iii) jalan yang telah dijamin
untuk mendapatkan sistem
kehidupan yang boleh memberikan
kesejahteraaan di dalam kehidupan manusia (Nenabian).
Sekarang kita akan membincangkan satu persatu tentang tiga muqadimmah tersebut.
A. Manusia adalah suatu kewujudan yang sentiasa mencari kesempurnaan.
Setiap manusia sekiranya
meneliti semua kecenderungan dan keinginan yang ada di dalam diri mereka
pasti akan mendapati
bahawa asas setiap kecenderungan
dan keinginan mereka ialah ingin mencapai tahap kesempurnaan. Pada asasnya
tidak
seorangpun yang inginkan
kecacatan dan kekurangan pada diri mereka. Sekiranya terdapat kecacatan
atau kekurangan sudah
pasti mereka akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menghilangkan kekurangan atau kecacatan tersebut.
Sebelum hilangnya kekurangan
tersebut mereka akan berusaha untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan
orang lain.
Naluri inginkan kesempurnaan
ini sekiranya berada pada jalan yang betul, maka ia boleh menjadi penggerak
utama kepada
semua kemajuan dan kesempurnaan
rohani dan jasmani tetapi sekiranya ia tergelincir daripada jalan yang
sebenar, maka ia
boleh mengakibatkan timbulnya
sifat-sifat celaan seperti takabur, riak, bangga diri, dan sebagainya walaupun
kecenderungan
untuk memperolehi kesempurnaan
merupakan satu fitrah yang kuat di dalam jiwa manusia tetapi pada kebiasaannya
perkara-perkara yang berbentuk
materil sahaja mendapat perhatian serius. Walau bagaimanapun ia juga merupakan
manifestasi
dari naluri inginkan kesempurnaan.
B. Kesempurnaan manusia terletak di bawah Ketaatan Kepada Akal.
Tahap kesempurnaan tumbuh-tumbuhan
terhasil daripada sebab-sebab dalaman dan luaran yang secara terpaksa mencapai
tahap kesempurnaan. Tidak
ada sebatang pokok pun yang dengan kehendaknya membesar dan dengan pilihannya
mengeluarkan buah.
Tahap kesempurnaan haiwan
- di dalamnya ada ruang untuk mereka memilih dan berkehendak tetapi pemilihan
dan
kehendaknya berpunca daripada
naluri haiwan yang terhad kepada keinginan tabii sahaja.
Adapun manusia selain daripda
memiliki keistimewaan tumbuh-tumbuhan, dan haiwan, mereka juga mempunyai
dua kelebihan,
(i) Dari sudut keinginan
fitrahnya, (ii) Dari sudut yang lain manusia memiliki kekuatan akal yang
mana dengan kekuatan akal ini
mereka mampu memperolehi
maklumat luas yang tiada terbatas. Berasaskan kepada ini maka keinginan
manusia boleh
melepasi sempadan tabii
dan mampu meneroka maklumat yang tidak terbatas, seperti mana kesempurnaan
tumbuh-tumbuhan
terhasil daripada kekuatan
tumbuhan tersebut dan terhasilnya kesempurnaan haiwan tertakluk di bawah
kehendak dan
keinginannya yang bersumber
daripada keinginan dan ilmu rasa yang terhad kepada tabii, maka kesempurnaan
manusia pada
hakikatnya adalah kesempurnaan
rohnya yang tertakluk di bawah kehendak dan keinginan yang dipimpin oleh
akal kerana
akallah yang mempunyai maklumat
tentang apa yang diinginkan oleh manusia dan seterusnya membuat pemilihan.
Justeru, setiap
perbuatan dan tingkah laku
manusia perlu dipimpin oleh akal, maka setiap perbuatan yang dipimpin oleh
perasaan haiwan maka
perbuatan itu dianggap perbuatan
haiwan.
C. Hukum Amali Akal Perlu Di Asaskan Dengan Ilmu Aqidah Yang Sahih
Perilaku atau perbuatan yang
dipilih merupakan satu perantara untuk sampai kepada natijah yang dikehendaki
dan nilainya
bergantung kepada tahap
natijah yang dihajatkan dan ia memberi kesan secara langsung kepada kesempurnaan
roh,
sepertimana perilaku yang
mempunyai nilai negatif boleh mencacatkan kesempurnaan roh, maka sewajarnyalah
akal yang
menjadi pemimpin dan mengadili
serta mampu menilai ke atas perbuatan ikhtiari manusia kerana akal mempunyai
ilmu tentang
tahap kesempurnaan roh dan
juga memgetahui tentang sejauhmana kekuatan manusia dan mengetahui tentang
kedudukan
manusia sebagai khalifah
dan juga mengetahui untuk apa manusia diciptakan.
Justeru, mempunyai ideologi
yang sahih di bawah pengawasan pandangan dunia Ilahi perlu diselesaikan
terlebih dahulu. Selagi
masalah ini belum diselesaikan
maka manusia tidak mampu mengadili secara tepat berkaitan perilaku mereka
sepertimana selagi
belum jelas hala tuju maka
jalan untuk ke sana juga belum dapat dipastikan.
Maka masalah asas pandangan
hidup Ilahi (Aqidah) perlu dijelaskan dahulu kerana ia merupakan asas kepada
pembinaan
hukum amali akal yang betul
(ideologi).
2. Natijah
Maka setelah melihat kepada muqadimmah di atas dapatlah kita mengambil natijah bahawa:
Manusia secara fitrahnya
mempunyai naluri berhajat kepada kesempurnaan dan berharap dengan melakukan
sesuatu untuk
menyampaikannya kepada kesempurnaan
di dalam kehidupan. Maka dengan ini untuk mengetahui apakah perkara-perkara
yang boleh membawanya kepada
natijah yang dikehendaki (kesempurnaan), pertamanya mereka perlu mempunyai
maklumat
tentang puncak kesempurnaannya.
Bagi mendapatkan maklumat ini, mereka perlu mengetahui terlebih dahulu
tentang hakikat
kewujudannya - persoalan-persoalan
seperti dari mana dia datang, ke mana dia akan pergi, dan sebagainya perlu
jelas terlebih
dahulu.
Maka selepas itu barulah
mereka mampu membuat perbandingan dan penilaian tentang perilaku yang sesuai
yang perlu diambil
demi untuk memastikan dirinya
memperolehi kesempurnaan kehidupan.
Sehingga ilmu pandangan dunia
Ilahi tidak jelas maka ideologi yang sahih tidak dapat dipastikan. Apabila
ideologi yang sahih
tidak dapat dipastikan maka
manusia tidak akan dapat menilai dan mengadili setiap perilakunya dan akhirnya
tidak akan dapat
menikmati kesempurnaan hidup.Lantaran
itu usaha untuk memahami agama yang benar perlu merangkumi dunia Ilahi
dan
ideologi yang sahih. Tanpa
ini manusia tidak akan dapat sampai kepada kesempurnaan. Sekiranya perilaku
yang lahir bukan
bersumberkan kepada ideologi
yang betul maka perilakunya bukanlah perilaku manusia.
Sekiranya terdapat manusia
yang tidak mahu berusaha untuk memahami agama atau mereka memahami agama
tetapi
disebabkan kedegilan dia
mengingkarinya dan mereka merasakan cukuplah bagi mereka keinginan-keinginan
haiwan dan
kelazatan dunia yang sementara,
maka pada hakikatnya mereka tidak lebih daripada haiwan.
Pelajaran Tauhid 4; Penyelesaian Kepada Asas Aqidah
Pelajaran kita merangkumi
:
A) Mukaddimah
B) Jenis ilmu
C) Jenis Pandangan dunia
D) Kritikan dan perbahasan
E) Natijah
A) Mukaddimah
Ketika seseorang ingin menyelesaikan masalah asas akidah, di awal langkahnya
sudah pasti akan berdepan beberapa
persoalan yang mesti diselesaikan
terlebih dahulu sebelum melangkah jauh ke hadapan; persoalannya ialah:
i) cara bagaimanakah perlu aku ambil untuk menyelesaikan masalah ini?
ii) bagaimanakah caranya untuk aku memperolehi akidah yang sahih?
iii) sekiranya terdapat banyak cara, yang mana satukah perlu aku ambil?
Di sini kita akan membincangkan
sebahagian yang perluy sahaja, kerana perbahasannya yang panjang lebar,
kita serahkan
kepada kitab yang lebih
besar.
B) Jenis ilmu.
Ilmu manusia dari satu sudut boleh dibahagikan kepada empat bahagian :
i) Ilmu tajarrubi ( )
Ilmu ini boleh diperolehi melalui pertolongan pancaindera yang lima, walaupun
akal juga mempunyai peranan tetapi
yang memainkan peranan utama
ialah pancaindera.
Contoh : Ilmu Fizik, ilmu
kimia .....
ii) Ilmu akal
Ilmu ini terhasil daripada pemahaman yang diambil daripada mesdaq (
) luaran. Di sini akal memainkan
peranan utama, walaubagaimanapun
sedikit sebanyak pancaindera atau ilmu tajarrubi mempunyai saham sebagai
sumber
pengambilan kefahaman.
Contohnya : Ilmu psikologi,
ilmu falsafah, matematik.....
iii) Ilmu taabbudi
Ilmu ini mempunyai nilai kedua dan mesti berasaskan kepada ilmu pertamaiaitu
Sumber (Al-Quran) yang boleh
dipercayai dan pemberi maklumat
yang boleh dipercayai (Nabi).
Contohnya : Penganut-penganut
agama yang mana keimanannya hanya bersandarkan kepada ucapan-ucapan pemimpinnya,
dan kadang-kadang keyakinannya
lebih kukuh berbanding keyakinan yang diperolehi melalui ilmu tajarrubi.
iv) Ilmu Syuhudi juga dikenali sebagai Ilmu Irfani
Ilmu ini bertentangan dengan semua ilmu-ilmu di atas kerana ilmu ini tidak
menggunakan perantara untuk memperoleh
Ain Maklum ( ). Ilmu
ini secara langsung terus kepada perkara yang dihajatkan dan sama sekali
tidak ada ruang untuk berlaku kesilapan di dalamnya.
C) Jenis pandangan dunia
Berdasarkan pembahagian ilmu di atas maka jenis pandangan dunia boleh dibahagikan
kepada:
i) Pandangan dunia ilmu
Pandangan dunia yang diasaskan kepada hasil-hasil penyelidikan. Manusia
membuat panafsiran dan rumusan tentang
kewujudan dunia ini dengan
berasakan kepada hasil-hasil penyelidikan dan penelitian melalui pancaindera.
ii) Pandangan dunia falsafah
Terhasilnya pandangan tentangan kewujudan alam ini dengan bersandarkan
kepada dalil-dalil dan usaha akal.
iii) Pandangan dunia agama
Terhasilnya pandangan tentang kewujudan alam ini berdasarkan kepada
keimanan dan keyakinan terhadap pemimpin mereka (Nabi).
iv) Pandangan dunia irfan
Terhasilnya pandangan tentang kewujudan alam ini melalui kasyaf dan
syuhud.
Sekarang marilah kita lihat
adakah masalah asas pandangan dunia (asas akidah) boleh diselesaikan dengan
melalui semua
ilmu-ilmu di atas atau salah
satu daripadanya.
D) Kritikan dan Perbahasan
i)
Dengan melihat kepada kemampuan ilmu tajarrubi adalah terhad, dan ruang
lingkup kemampuannya terbatas kepada
perkara-perkara material
sahaja, maka jelaslah kepada kita bahawa untuk menyelesaikan masalah asas
akidah, tidak boleh
bergantung kepada ilmu tajarrubi,
kerana masalah-masalah asas akidah terkeluar daripada kemampuan ilmu tajarrubi;
tidak ada
satu bahagian pun di dalam
ilmu tajarrubi yang membincangkan tentang wujud atau tidaknya pencipta
kepada alam ini.
Contohnya : Dengan penyelidikan
dan pengkajian makmal kita tidak mampu untuk membuktikan kewujudan tuhan
dan
menafikan kewujudannya.
Ini kerana ilmu tajarrubi tidak berkemampuan untuk menyelidik dan membahaskan
tentang perkara
ghaib apatah lagi untuk
membuktikan kewujudannya atau menafikannya. Maka dengan ini jelas kepada
kita bahwa ilmu
tajarrubi tidak boleh menjadi
jurucakap kepada permasalahan-permasalahan asas akidah.
ii)
Adapun pandangan dunia agama yang terhasil daripada keyakinan dan keimanan
kepada Nabi, mempunyai nilai kedua
bermakna sebelum meyakini
ucapan mereka (nabi) terlebih dahulu kita perlu membuktikan kesahihan kenabiannya
dan sebelum
dari ini perlu dibuktikan
kewujudan pengutusnya (Allah). Sungguh jelas kepada kita bahawa asas kewujudan
pengutus (Allah
SWT) dan kenabian seseorang
tidak boleh dibuktikan dengan hanya kita dasarkan kepada kata-kata orang
tersebut.
Contohnya: Tidak boleh dikatakan
kerana Al-Quran mengatakan Allah SWT wujud maka sabitlah kewujudnnya.
Sesungguhnya selepas sabitnya
kewujudan Allah SWT dan kesahihan para Nabi dan kebenaran kitab suci Al-Quran,
maka
selepas ini bolehlah diterima
segala cabang akidah dan undang-undang amali (furu' al-Deen) yang disandarkan
kepada Nabi
dan Al-Quran tersebut.
Di sini jelas kepada kita bahawa untuk menyelesaikan masalah asas akidah
ilmu taabbud atau
pandangan dunia agama tidak
sesuai digunakan.
iii)
Adapun pandangan dunia irfani atau syuhadi mempunyai banyak perbahasan;
di antaranya :
a) Pandangan
dunia merupakan satu ilmu yang dibentuk melalui kefahaman-kefahaman akal,
tetapi di dalam dunia irfan akal
tidak mempunyai ruang dan
peluang untuk bertindak, maka pada hakikatnya irfan bukanlah merupakan
pandangan dunia.
b) Untuk menaksir
makna syuhud atau irfan seseorang perlu memiliki akal yang istimewa dan
mempunai banyak pengalaman
di dlaam perbahasan akal
dan penafsiran falsafah, tanpa mempunyai kelebihan ini, seseorang tidak
mampu untuk menafsirkan
makna irfan dan syuhud dengan
tepat.
c) Untuk mencapai
tahap hakikat irfan, seseorang perlu melalui bertahun-tahun sair-wa-suluk
irfani, dan untuk mengenai
sair-wa-suluk irfani terlebih
dahulu perlu mengenali cabang agama ( furu' al-Deen) untuk diamalkan dan
untuk mengenali cabang
agama terlebih dahulu perlu
diselesaikan masalah asas akidah. Maka sebelum memulakan perjalanan sair-wa-suluk
irfani perlu
terlebih dahulu diselesaikan
masalah asas akidah, pada hakikatnya makam syuhud atau irfani ini akan
terhasil di puncak
pengibadatan.
E) Natijah
Natijah yang boleh kita ambil daripada perbahasan di atas ialah hanya ilmu
falsafah sahaja yang boleh menyelesaikan
masaalah asas akidah. Oleh
yang demikian pada hakikatnya pandangan dunia yang sebenar ialah pandangan
dunia falsafah.
Perlu diberi perhatian di
sini ialah walaupun pandangan dunia yang sahih dimonopoli oleh ilmu falsafah
tetapi bukanlah
bermakna untuk mendapatkan
akidah yang sahih perlu terlebih dahulu menyelesaikan semua masaalah falsafah.
Bahkan dengan
menyelesaikan beberapa bahagian
yang mudah di dalam permasaalahan falsafah, untuk membuktikan kewujudan
Allah SWT
sahaja sudah memadai, walaupun
untuk membuat pengkhususan di dalam bidang falsafah dengan tujuan memperkayakan
diri,
supaya dapat menyelesaikan
masaalah-masaalah adas akidah dengan lebih terperinci adalah lebih baik.
Dan juga dengan
pemonopolian ini bukan bermakna
lain-lain maklumat yang diperolehi daripada ilmu-ilmu selain falsafah tidak
dimanafaatkan.
Pelajaran Tauhid 5; Mengenal Tuhan
Mengenal Tuhan
Pelajaran ini merangkumi
:
1) Mukaddimah
2) Ilmu hudhuri dan
ilmu husuli
3) Pengenalan fitrah
1) Mukaddimah.
Kita telah maklum bahawa asas agama ialah kepercayaan kepada kewujudan
tuhan sebagai pencipta alam. di sinilah
wujudnya perbezaan utama
antara pandangan dunia ilahi dan pandangan dunia material. Justeru itu
persoalan pertama sekali
yang perlu diselesaikan
oleh pencari-pencari kebenaran ialah : ada atau tidak adanya tuhan ?
Untuk mendapatkan jawapan
kepada persoalan ini ilmu akal mestilah digunakan supaya memperolehi natijah
yang pasti, sama
ada positif atau negatif
. Sekiranya positif maka akan menyusur pula giliran untuk membincangkan
masaalha-masaalah furuknya
seperti : keesaan, keadilan
dan sifat-sifat tuhan yang lain. Sekiranya negatif maka akan terbuktilah
kebenaran pandangan dunia
material dan perbahasan
berkaitan agama tidak diperlukan lagi.
2) Ilmu hudhuri
dan ilmu husuli.
Di dalam perbincangan berkaitan ketuhanan dua jenis ilmu dapat digambarkan
:
A) Ilmu hudhuri dan B) Ilmu husuli
A) Maksud daripada ilmu hudhuri berkaitan ketuhanan ialah mengenal tuhan
yang dimiliki oleh manusia tanpa menggunakan
perantara iaitu mafhum zihni
( )
Sungguh jelas kepada kita
bahawa sekiranya seseorang memiliki ilmu hudhuri (syuhud) secara sedar
kepada tuhan maka dia
tidak lagi berhajat kepada
dalil-dalil dan bukti-bukti akal untuk membuktikan kewujudan tuhan. Walau
bagaimanapun seperti
mana telah dijelaskan sebelum
ini bahawa ilmu hudhuri atau syuhud untuk manusia biasa akan terhasil setelah
bertahun-tahun
pembersihan diri dan sair-wa-suluk
irfani (). Walaupun manusia biasa memiliki ilmu hudhuri, tetapi ianya
berada pada peringkat lemah
dan memiliki ilmu tersebut secara tidak sedar, maka untuk memperolehi ilmu
pandangan dunia
ilahi atau akidah yang sahih
secara sedar ilmu hudhuri tersebut masih belum mencukupi.
B) Maksud ilmu husuli ialah ilmu mengenal tuhan yang dimiliki oleh
manusia dengan menggunakan perantara iaitu ilmu akal.
Hasil atau natijah yang
diperolehi melalui perbincangan dan perbahasan akal dan falsafah itulah
yang dikatakan ilmu husuli.
Setelah berhasilnya ilmu
husuli ini manusia boleh menggunakannya untuk menghasilkan ilmu hudhuri
secara sedar.
3) Pengenalan fitrah
Di dalam ucapan-ucapan para pemimpin dan para cendikiawan agama ada menyatakan
bahawa : kecenderungan
kepada tuhan adalah fitrah
manusia atau manusia secara fitrahnya adalah penyembah tuhan; untuk lebih
jelas tentang konsep
fitrah di sini diperjelaskan
maksudnya.
Fitrah : adalah dari kalimah
Arab yang memberi makna ciptaan , dan urusan yang dikatakan urusan fitrah
ialah apa-apa yang
diperlukan oleh sesuatu
kewujudan, dan fitrah itu mesti mempunyai tiga ciri :
a) Fitrah untuk setiap
jenis perkara perlu meliputi semua yang ada di dalam jenis tersebut, perbezaannya
cuma pada tahap
sahaja
b) Fitrah perlu kekal
sepanjang zaman
c) Fitrah tidak berhajat
kepada pembelajaran cuma untuk menguatkan dan mengarahkannya sahaja perlu
kepada
pembelajaran
Fitrah manusia boleh dibahagikan
kepada dua bahagian:
1) Ilmu fitrah - maksudnya
setiap perkara yang dimiliki oleh manusia tanpa memerlukan pembelajaran
2) Kecenderungan dan
keinginan fitrah untuk beribadat yang dikehendaki oleh setiap kewujudan
dinamakan fitrah menyembah
tuhan.
Perlu diberi perhatian di
sini bahawa setiap manusia mempunyai ilmu hudhuri sekurang-kurangnya pada
peringkat lemah dan
dengan hanya sedikit tafakkur
dan membawa sedikit dalil-dalil akli dia mampu mengenal dan meyakini kewujudan
tuhan dan
sedikit demi sedikit boleh
memperkuatkan ilmu syuhudinya.
Hasil dari perbahasan ini
ialah makna fitrah mengenal tuhan ialah : hati manusia secara langsung
mengenal tuhan dan terdapat
sebahagian ruang di dalam
hati manusia untuk mengenal tuhan secara sedar dan mempunyai potensi untuk
dikembangkan untuk
mengembangkan potensi ini
manusia memerlukan dalil-dalil dan hujjah-hujjah akal.
Pelajaran Tauhid 6; Jalan Tafakur Mengenal Allah SWT
Makna fitrah mengenal tuhan
ialah : hati manusia secara langsung mengenal tuhan dan terdapat sebahagian
ruang di dalam hati
manusia untuk mengenal tuhan
secara sedar dan mempunyai potensi untuk dikembangkan untuk mengembangkan
potensi ini
manusia memerlukan dalil-dalil
dan hujjah-hujjah akal.
Ada hujah-hujah akal yang
mudah dan ada hujah-hujah atau jalan-jalan yang kompleks berasaskan dalil-dalil
falsafah. Bagi
orang awam yang akal fikirannya
tidak dibebani dengan syubahat atau keraguan-keraguan maka memadai bagi
mereka
merenung dan memikirkan
alam tabi'e di sekelilingnya dan berusaha menarik kesedaran fitrah yang
wujud dalam dirinya untuk
menerima kewujudan Allah
SWT. Kemudian ia akan menarik kecenderungan fitrah dalam dirinya iaitu
perasaan untuk
menyembah Allah SWT.
Ada hujah-hujah yang dikemukakan
oleh ahli-ahli falsafah seperti Mulla Sadra yang mengemukakan 'Burhan al-Sidiqqin'
iaitu
pembuktian wujud Allah SWT
dengan dalil-dalil kewujudan itu sendiri.
Manusia boleh melakukan pemerhatian
tentang alam tab'ie dan berfikir tentang keajaiban makhluk-makhluk yang
wujud untuk
membuktikan wujudnya Sang
Pencipta. Umpamanya bagaimana lebah membuat bentuk sarangnya yang dianggap
oleh ahli-ahli
sains sebagai bentuk binaan
yang paling kukuh. Binatang lebah memproses madu dengan jumlah yang melebihi
keperluannya
dan ia seolah-olah menyediakan
madu itu untuk makhluk lain seperti manusia. Contoh lain ialah bagaimana
peredaran bulan dan
matahari amat memberikan
manfaat kepada kehidupan manusia. Hujan, air laut, udara dan tanah semuanya
memberi
sumbangan kepada kehidupan
manusia. Manusia dan alam saling berharmoni untuk mewujudkan suatu penghidupan
di dunia
ini.
Amatlah mustahil jika golongan
Atheis menganggap alam ini terjadi dengan sendirinya atau teori
awal kehidupan adalah hasil
dari pelanggaran planet-planet yang menyebabkan wujud kehidupan di dunia
ini. Misalnya jika kita
menanam sebiji benih durian
- pasti yang akan tumbuh dan menghasilkan buah adalah pokok durian. Jika
ia tumbuh dengan
pilihannya sendiri atau
terjadi dengan sendirinya maka biji durian yang ditanam mungkin akan menghasilkan
pokok yang tidak
pasti misalnya kita tanam
durian tetapi tumbuh pula pokok mangga atau kayu jati dan sebagainya
tetapi hal ini tidak mungkin
berlaku dan ini jelas menunjukkan
alam ini ada peraturan yang telah ditetapkan oleh Pencipta iaitu Allah
SWT. Misal yang lain
ialah bagaimana anak ayam
yang baru menetas tahu mengais makanan, anak lembu yang baru lahir sudah
pandai bangun dan
berjalan tetapi bayi manusia
tidak tahu berjalan terus namun begitu bayi manusia menpunyai fitrah untuk
menyusu ibunya.
Semuanya ini menunjukkan
makhluk ini mengikuti peraturan alam tabi'e yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT. Tubuh manusia
mengalami proses ketinggian
dari sejak kecil sampai ia dewasa tetapi proses itu berhenti pada suatu
peringkat. Malahan
manusia sendiri tidak mampu
mengawal proses ketuaan yang menimpa dirinya dan akhirnya manusia akan
meninggal dunia.
Manusia tidak mampu memberikan
nyawa kepada orang lain. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh kita fikirkan
untuk
membuktikan bahawa alam
ini ada Penciptanya iaitu Allah SWT.
Teori kehidupan The Grand
Bang (Teori Pelanggaran) planet-planet (iaitu benda-benda yang tidak hidup)
menghasilkan benda
hidup adalah tidak terbukti
sama sekali. Kehidupan tidak boleh terhasil dari pelanggaran benda-benda
yang mati. Begitu juga
Teori Evolusi Darwin tentang
asal-usul manusia berasal dari monyet sudah banyak kali disanggah oleh
ahli sains secara logikal.
Dan sehingga hari ini tidak
ada monyet yang berupaya menjalani proses evolusi untuk menjadi manusia.
Semuanya ini jelas menunjukkan
tanda-tanda kewujudan Allah SWT (ayat-ayat Allah SWT).
Akal manusia memang boleh
berfikir untuk membuktikan wujud Allah SWT dan kecenderungan fitrah manusia
adalah
menyembah Allah SWT. Justeru,
manusia tidak ada dalil untuk menolak kewujudan Sang Penciptanya iaitu
Allah SWT. Imam
Ja'far al-Sadiq AS suatu
ketika ditanya oleh seorang Yahudi apakah dalil-dalil wujud Allah SWT.
Imam AS membalas," Sila
beritahu kepadaku
apakah dalil-dalilnya alam
ini tidak ada Pencipta?."
Pelajaran Tauhid 7; Dalil Falsafah Wujud Allah SWT
Kita telah membahaskan dalil-dalil
untuk membuktikan wujud Allah SWT dengan jalan tafakur pada pelajaran yang
lepas. Kali
ini kita akan membahaskan
dalil-dalil wujud Allah SWT dengan jalan falsafah iaitu membuktikan wujud
Allah SWT dengan
membahaskan konsep wujud
itu sendiri.
Kita mulakan dengan satu
persoalan:
Apakah yang dimaksudkan
dengan konsep wujud?
Setiap yang tergambar dalam
kotak fikiran kita (kullu ma'qul) adalah satu bentuk (as-sura) yang perlu
diukur apakah boleh
dibuktikan kewujudannya
atau tidak. Justeru konsep wujud mempunyai tiga kemungkinan iaitu wajibal-wujud
(wujud yang
berdiri sendiri atau wujud
dari ZatNya), mumkinul-wujud (wujud yang bergantung kepada wujud yang lain),
dan
mumtani'ul-wujud (wujud
yang mustahil).
Mumtani'ul-wujud adalah sesuatu
wujud yang mustahil atau yang tidak mungkin berlaku misalnya kuantiti dua
lebih besar
daripada kuantiti sepuluh
(2>10). Perkara ini tidaklah perlu dibahaskan keran ia tidak wujud sama
sekali.
Mumkinul-wujud adalah wujud
yang bergantung kepada wujud yang lain misalnya kewujudan manusia adalah
terhasil melalui
percantuman benih ibu-bapa
mereka. Tanpa benih ibu-bapa wujud manusia itu adalah mustahil. Pakaian
diperbuat daripada
kapas, ditenun, dicelup
dengan warna dan dijahit oleh tukang jahit lalu menjadi perbagai jenis
pakaian lelaki atau perempuan.
Maka wujud pakaian seperti
seluar atau baju adalah bergantung kepada industri membuat pakaian tersebut.
Sekiranya semua entiti maujud
itu adalah mumkinul wujud maka ia akan menghasilkan dua andaian lain iaitu
tasasul dan daur.
Tasasul bermakna kewujudan
A adalah akibat dari B akibat dari C akibat dari D dan seterusnya iaitu
menjadi suatu rantai yang
tidak ada kesudahan (infinitif)
dan akhirnya membawa satu kesimpulan bahawa tanpa satu wujud yang mutlak
maka
wujud-wujud tersebut sebenar
tidak ada.
Daur bermaksud pusingan iaitu
wujud A bergantung kepada B bergantung kepada C bergantung kepada D bergantung
kepada
A semula, A bergantung kepada
B bergantung kepada C bergantung kepada D. Hal ini tidak mungkin
terjadi kerana sebelum
A wujud ia memerlukan B,
C, dan D untuk wujud, dan sebelum D wujud , ia memerlukan A, B, dan C untuk
wujud. Justeru itu
kesemuanya tidak mungkin
wujud samasekali kerana tidak ada yang boleh memulakan kewujudan sebelum
yang lain wujud.
Misalnya A bergantung kepada
B dan B bergantung kepada A untuk wujud. Maka pada hakikatnya kedua-duanya
tidak
mungkin wujud sama sekali.
Maka jika semua entiti wujud adalah mumkinul-wujud maka alam ini juga menjadi
tiada kerana
tidak ada yang menjadi penyebab
bagi kewujudannya.
Seandainya semua entiti maujud
adalah wajibal-wujud; hal ini juga tertolak kerana kita sedia maklum
bahawa diri kita sendiri
bukanlah wajibal wujud.
Keberadaan diri kita bergantung kepada bahagian-bahagian tubuh sama ada
yang di dalam atau di luar
misalnya kaki, tangan, mata,
darah, jantung dan sebagainya. Kita tidak mampu untuk meneruskan kehidupan
kita sampai batas
waktu yang kita sukai. Kita
pasti mati pada suatu ketika yang kita tidak ketahui.
Maka kemungkinan yang ada
ialah ada entiti maujud adalah wajibal-wujud dan yang lain adalah mumkinul-wujud.
Maka
Wajibal-wujud adalah Pencipta
atau Penyebab Mutlak yang menciptakan wujud-wujud yang lain yang kita panggil
Allah SWT
sebagai wujud mutlak dan
semua kewujudan yang lain termasuk alam ini adalah mumkinul-wujud yang
menjadi makhlukNya.
Allah SWT adalah wujud-bi-Zatihi
(wujud dengan ZatNya atau wujud dengan diriNya sendiri tanpa memerlukan
wujud yang
lain). Dan maklukNya adalah
wujud-bi-ghair (wujud yang memerlukan yang lain iaitu yang kesemuanya tertuju
kepada Allah
SWT). Maka Allah SWT (wajibal-wujud
- juga bermaksud wujud yang bukan dipaksakan ke atasNya tetapi wujud dengan
ZatNya Yang Maha Berkuasa)
adalah Pencipta alam ini kerana wujudnya Allah SWT adalah penyebab kepada
wujudnya alam
ini.
Pelajaran 8; Dalil-Dalil Keesaan Allah SWT
1. Seandai Tuhan itu tidak Esa (Wahid/Ahad) maka alam ini akan binasa
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anbiya' (21): 22, terjemahannya,"Sekiranya ada di langit dan di bumi itu tuhan-tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan."
Sekiranya ada dua tuhan atau lebih dari satu tuhan, maka kedua-dua tuhan atau tuhan-tuahn itu akan melaksanakan kehendak masing-masing kerana tuhan-tuhan itu maha berkuasa maka hal ini akan mengakibatkan sistem alam ini menjadi kucar-kacir dan hancur binasa jika mengikut kehendak tuhan-tuhan tersebut misalnya tuhan A berkehendakkan matahari terbit dari sebelah timur manakala tuhan B mahukan matahari terbit dari sebelah barat maka hal ini menyebabkan sistem alam yang berkaitan itu tidak dapat berfungsi atau tuhan A mencipta matahari manakala tuhan B mencipta bulan maka masing-masing tuhan mahu melaksanakan kehendaknya misalnya tuhan A mahukan matahari mengeluarkan cahaya dan demikian juga tuhan B mahukan bulan mengeluarkan cahayanya maka akibatnya tidak berlaku proses siang dan malam. Contoh yang lain misalnya tuhan A mencipta tanah dan tuhan B mencipta manusia dan kedua-dua tuhan melaksanakan kehendaknya pada ciptaan masing-masing, maka bagaimanakah manusia dapat berinteraksi dengan tanah kerana tanah dan manusia tersebut di bawah kuasa dan sistem tuhan-tuhan yang berlainan? Begitu juga alam yang lebih luas seperti galaksi-galaksi yang wujud itu jika mempunyai dua atau lebih tuhan yang melaksanakan kehendak masing-masing pada ciptaan mereka maka sudah pasti alam ini tidak dapat berfungsi dengan harmonis malah akan hancur binasa.
2. Kelemahan dan kekalahan bukan sifat Tuhan Yang Maha Berkuasa
Sekiranya tuhan-tuhan itu saling bermusuhan pula - maka apakah ada tuhan yang menang dan yang lain kalah? Jika tuhan A menang maka tuhan B bukan tuhan begitu juga sebaliknya kerana tidak mungkin Tuhan Maha Berkuasa mengalami kekalahan. Kekalahan adalah satu kelemahan dan hal ini berlawanan dengan sifat Tuhan Maha Berkuasa.
3. Makhluk hanya ada satu kewujudan
Sekiranya ada dua tuhan maka sudah pasti ada dua set (jenis) kewujudan makhluk di alam ini tetapi kewujudan makhluk ada satu sahaja misalnya manusia, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan adalah satu set (jenis) kewujudan. Sudah pasti kita tidak dapat gambarkan atau namakan misalnnya selain manusia, ada satu set (jenis) makhluk lain yang dicipta oleh tuhan-tuhan yang lain. Maka ini membuktikan bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah Satu (Esa).
4.Tuhan Yang Maka Berkuasa tidak bersifat bakhil
Andaian lain ialah apakah tidak mungkin tuhan-tuhan itu berkerjasama kerana sifatnya tuhan sudah tentu lebih berkehendak kepada kerjasama bukan permusuhan? Jika tuhan-tuhan saling berkerjasama maka apakah matlamat mereka untuk bekerjasama? Jika tuhan-tuhan itu bekerjasama tanpa sebab dan matlamat - hal ini tidak mungkin berlaku kerana tuhan-tuhan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak berguna atau sia-sia kerana perkara ini akan menunjukkan tuhan-tuhan itu tidak tahu tujuan atau bodoh dalam sesuatu perkara yang dia lakukan sendiri. Justeru hal ini berlawanan dengan sifat Tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Maka jika tuhan-tuhan itu ada sebab dan matlamat adakah misalnya mereka mahu mengurangkan kos atau tenaga untuk mencipta makhluk-makhluknya? Jika hal ini benar, maka tuhan-tuhan itu bersifat bakhil atau tidak Maha Kaya sehingga terpaksa menjimatkan kos dan tenaga! Dan perkara ini berlawanan dengan sifat Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Pemurah. Atau jika tuhan-tuhan itu ingin mengelakkan persengketaan, misalnya tuhan A dan tuhan B membuat keputusan tahkim - A buat matahari dan B buat bulan maka hal ini menyekat kekuasaan dan kehendak tuhan-tuhan tersebut iaitu A tidak dapat mencipta bulan dan B tidak dapat mencipta matahari, maka ini menunjukkan sifat lemah tuhan-tuhan tersebut dan ia berlawanan dengan sifat Tuhan Yang Maka Berkuasa dan Maha Berkehendak.
5. Tidak mungkin kehendak dan kemampuan (kuasa) Tuhan terbatas
Masing-masing tuhan melakukan hal masing-masing misalnya tuhan A buat dan menjaga urusan satu makhluk dan tuhan B membuat dan menjaga satu makhluk yang lain. Fenomena alam menunjukkan bahawa semua makhluk saling bekerjasama dan wujud keseimbangan dan saling berhajat di antara makhluk-makhluk dalam sistem alam ini. Misalnya manusia berhajat kepada air dan tanah. Maka jika tuhan A mencipta manusia dan tuhan B mencipta tanah dan air. Hal ini bermakna tuhan A tidak mencipta air dan tanah. Maka tuhan A adalah bakhil terhadap manusia ciptaannya kerana tidak mencipta air dan tanah; dua unsur yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini berlawanan dengan sifat Tuhan Yang Maha Kaya, Maha Pemurah, lagi Maha Bijaksana. Dan jika tuhan A melakukan satu bahagian tugas penciptaan dan pengaturan dan tuhan B melakukan satu bahagian tugas penciptaan dan pengaturan yang lain, maka ini bermakna tuhan-tuhan itu mempunyai kemampuan dan kuasa yang terbatas kerana tidak mampu melaksanakan kehendaknya pada satu sisi yang lain yang dikuasai oleh tuhan yang satu lagi. Maka hal ini juga menunjukkan sifat tuhan-tuhan itu yang lemah. Dan ia adalah sesuatu yang mustahil bagi Tuhan Yang Maha Menghendaki dan Maha Berkuasa.
Kesimpulannya, Tuhan (Allah SWT) adalah Esa dan tidak ada sekutu bagiNya. Beberapa petikan ayat-ayat al-Qur'an tentang Keesaan Allah SWT:
1. Surah 37: 350, terjemahannya,"Tidak Tuhan melainkan Allah."
2. Surah 2: 163, terjemahannya,"Tiada Tuhan melainkan Dia (Allah SWT)."
3. Surah 3: 61, terjemahannya,"Tiada Tuhan melainkan Tuhan Yang Esa."
4. Surah 7: 65, terjemahannya,"Tidak ada bagi kalian Tuhan selain dariNya."
5. Surah 23: 91, terjemahannya,"Dan tidak ada bersamaNya tuhan lain."
6. Surah 4: 171, terjemahannya,"Sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Esa."
7. Surah 18: 110, terjemahannya,"Sesungguhnya Tuhan kalian adalah Tuhan Yang Esa."
8. Surah 20: 98, terjemahannya,"Sesungguhnya Tuhan kalian adalah Allah."
9. Surah 6: 19, terjemahannya,"Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Esa."
10. Surah 37: 4, terjemahannya,"Sesungguhnya Tuhan kalian adalah Esa."
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ikhlas (112): 1-4, terjemahannya,
"Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Maha Esa,Beberapa Rujukan Pandangan Ahlul Bayt AS Mengenai Tauhid
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu,
Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan,
dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya."
Berikut adalah beberapa pandangan Ahlul Bayt AS mengenai konsep Tauhid yang sebenarnya.
Imam Ja'far al-Sadiq AS meriwayatkan dari Amirul Mu'minin Ali bin Abi Talib AS, berkata:
"Kenali Allah dengan Allah (i'rafu-llahi-bi-llahi), kenali Rasul melalui
risalahnya, dan kenali ulil-amr melalui amar
ma'ruf dan adil dan ihsan [Al-Kulaini, Usul al-Kafi, Kitabul Tauhid, hlm.
216 English Translation WOFIS]"."
Fatih bin Yazid meriwayatkan dari Imam Ali Musa al-Ridha AS, berkata:
"Aku bertanya kepadanya tentang ma'rifat (mengenal Allah SWT) pada tahap
yang minima. Ali bin Musa AS
berkata: "Pengakuan bahawa tiada tuhan selain Dia, tiada sekutu atau serupa
bagiNya. Sesungguhnya Dia Qadim
yang sabit,(Dia) Maujud tidak lenyap (tiada atau mati), dan tiada satupun
yang menyamainya (laisa-ka-mithilihi
shai')[Al-Kulaini, Usul al-Kafi, Kitabul Tauhid, hlm. 216 English Translation
WOFIS]"
Nafi bin Azraq bertanya kepada
Imam Abu Ja'far Muhammad al-Baqir AS,"Jelaskan padaku sejak bila Tuhan
ada?" Beliau
AS menjawab:
"Sejak bila Dia pernah tiada, sehingga aku jelaskan sejak bila Dia ada?
Maha Tinggi Dia, selalu ada dan akan
selalu ada. Dia Zat yang Satu (Esa). Segala sesatu bergantung padaNya,
tidak berpasangan, dan tidak beranak
[Al-Kulaini, Usul al-Kafi, Kitabul Tauhid, hlm. 216 English Translation
WOFIS]."
Seseorang bertanya kepada Imam Ali AS:"Di manakah Tuhan sebelum menciptakan langit dan bumi? Beliau menjawab:
"Kata 'di mana' sering dikaitkan dengan pertanyaan tentang tempat, sedangkan Allah ada saat 'tempat' belum ada.
Wahai Amirul Mu'minin pernahkah engkau melihat Tuhanmu, ketika engkau beribadah
padaNya? Beliau berkata:
"Bagaimana aku menyembah Tuhan yang tidak pernah aku lihat?
Orang itu bertanya lagi: Bagaimana engkau melihatNya?
"Mata tidak dapat menjangkauNya tetapi hati melihatNya dengan hakikat iman
[Al-Kulaini, Usul al-Kafi, Kitabul
Tauhid, hlm. 216 English Translation WOFIS]."
Hamzah bin Muhammad bertanya
kepada Abul Hasan Imam Musa al-Kazim AS tentang sifat benda dan bentuk
Allah. Beliau
AS menjawab:
"Maha Suci Allah. Tiada sesuatu yang menyerupainya (Subhana min laisa ka-mithilihi
shai'), Dia bukan jism dan
bukan gambar (surah) [Al-Kulaini, Usul al-Kafi, Kitabul Tauhid, hlm. 216
English Translation WOFIS]."
Muhammad ibn Abdillah al-Khurasani meriwayatkan bahawa seseorang dari kalanngan
zanadiqah menemui Imam
al-Ridha AS. Abul Hasan al-Ridha AS berkata kepadanya:
"Sekiranya pendapat yang benar adalah pendapatmu - maka itu bermakna kita
adalah sama?
Semuanya yang kita lakukan seperti solat, puasa, mengeluarkan zakat tidak
akan membinasakan
kita."
Orang itu tidak berkata apa-apa. Kemudian Abul Hasan AS berkata,"Jika pendapat
yang benar
adalah pendapat kami - maka anda akan binasa dan kami akan memperolehi
keselamatan?"
Orang itu berkata," Semoga Tuhan mengasihimu. Maka beritahukan kepadaku,
bagaimanakah Dia,
dan di manakah Dia?"
Abul Hasan AS menjawab:"Anda akan mengalami kecelakaan kerana pendapat
anda salah. Dia
menentukan 'di mana' dan Dia wujud (keberadaanNya) ketika tidak ada 'di
mana'. Dia menciptakan
'bagaimana' dan Dia wujud, ketika tiada 'bagaimana'. Dia tidak dikenal
melalui 'bagaimana' atau 'di
mana' atau melalui sebarang bentuk jangkauan persepsi pancaindera atau
dikaitkan dengan sebarang
benda."
Orang itu berkata lagi," Maka Dia bukanlah sesuatu jika Dia tidak boleh
di gambarkan oleh
pancaindera."
Abul Hasan AS berkata," Apabila pancaindera gagal untuk mengambarkanNya,
adakah anda
menafikan ketuhananNya tetapi apabila pancaindera kita gagal untuk mengambarkannya,
kami
menyakini bahawa Dia adalah sebenar-benarnya Tuhan kita dan Dia adalah
sesuatu yang tidak
menyamai sesuatu (shai' bi-khilaf al-asya')
Orang itu berkata,"Katakan kepadaku sejak bila Dia ada?"
Abul Hasan AS berkata,"Sila nyatakan kepadaku sejak bila Dia tiada, kemudian
aku akan beritahu
anda sejak bila Dia ada."
Orang itu berkata lagi,"Katakan kepadaku apakah hujjah bagi membuktikan
kewujudanNya?"
Abu Hasan AS berkata,"Sesungguhnya apabila aku memikirkan tentang diriku,
maka adalah mustahil
bagiku untuk menambahkan atau mengurangkan saiznya atau ketinggiannya,
atau menjauhkan
perkara yang buruk dariku atau mendapatkan manfa'at daripadanya, lalu aku
tahu bahawa kerangka
tubuh ini mempunyai Pencipta dan aku berikrar bahwa Dialah Penciptanya
- namun demikian aku
telah menyaksikan alam ini adalah dari KekuasaanNya; pembentukan awan,
angin, matahari, bulan,
dan bintang, dan lain-lain tanda (ayat) ciptaanNya yang menakjubkan, menunjukkan
bahawa semua
ini mempunyai Muqaddir (Yang Maha Menentukan Sesuatu) dan Mushi' (Yang
Maha Mengadakan
Sesuatu)."
Orang itu berkata,"Tetapi mengapakah Dia Menghijab (menyembunyikan) DiriNya
(daripada
manusia)?"
Abul Hasan AS menjawab,"Sesungguhnya hijab itu adalah di atas makhluk-makhlukNya
(maksudnya makhluk menghijab diri mereka sendiri bukan Allah SWT menghijab
DiriNya dari
makhluk-makhlukNya)kerana dosa-dosa mereka yang banyak.BagiNya tidak ada
ada rahsia yang
terlindung dariNya siang atau malam."
Orang itu berkata,"Tetapi mengapakah pancaindera tidak dapat menjangkauNya?"
Abul Hasan AS menjawab," Itu disebabkan perbezaan di antara DiriNya dan
makhluk-makhlukNya, yang dapat dijangkau melalui penglihatan, sama ada
diri mereka sendiri atau
yang lainnya. Justeru, Dia lebih besar daripada penglihatan dapat menjangkauNya,
imaginasi dapat
membayangkanNya, atau kemampuan akal dapat memperincikanNya."
Orang itu berkata,"Jelaskan had bagiNya kepadaku."
Beliau AS menjawab,"Dia tidak ada batasan had."
Orang itu berkata,"Mengapa?"
Beliau AS menjawab,"Itu disebabkan setiap mahdud (benda yang terhad) berakhir
pada had
batasannya. Jika had batasan (tahdid) berlaku kepadaNya, maka penambahan
juga boleh berlaku
kepadaNya. Jika penambahan boleh berlaku ke atasNya, maka pengurangan juga
boleh berlaku ke
atasNya. Justeru, Dia pada hakikatnya tidak terbatas. Dia tidak bertambah
atau berkurangan atau
mustahil bagiNya dipisah-pisahkan atau dibayangkan (kerana ia akan menjadikanNya
terbatas - satu
sifat yang lemah)."
Orang itu berkata,"Katakan kepadaku tentang kata-katamu bahawa Dia Maha
Halus (Latif), Maha
Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, dan Maha Bijaksana. Bolehkan
Dia Mendengar
tanpa telinga (alat pendengaran), Melihat tanpa mata, Maha Lembut tanpa
perlu berhajat kepada
kedua belah tangan dan Bijaksana tanpa perlu kepada pekerjaan (san'ah)?"
Abul Hasan AS berkata,"Sudah pasti seseorang daripada kita adalah lebih
halus dalam sesuatu
pekerjaannya (berbanding dengan yang lain). Tidakkah anda pernah melihat
seseorang yang
menjalankan tugasnya dan halus dalam melaksanakannya, lantaran itu dikatakan,"Wah!Sungguh
halus pekerjaan sipolan sipolan!" Maka bagaimanakah jika tidak dikatakan
bahawa Pencipta yang
Maha Besar (Jalil) dan Maha Halus (Latif) apabila Dia mencipta ciptaan
yang halus dan besar,
meletakkan ruh di dalam makhluk yang hidup, mencipta perbezaan bentuk pada
setiap sesuatu dari
jenisnya, tidak ada sesuatu makhluknya menyamai yang lain? Setiap sesuatu
dalam komposisi
bentuknya mengandungi sesuatu (ciptaan) yang halus daripada Pencipta Yang
Maha Halus dan
Maha Mengetahui."
"Kemudian, cubalah lihat pokok-pokok yang mengeluarkan sesuatu (misalnya
buah) sama ada boleh
dimakan atau tidak, dan kita berkata,"Sesungguhnya Pencipta kita adalah
Maha Halus (tetapi) tidak
menyamai kehalusan makhlukNya dalam pekerjaannya. Dan kita berkata,"Sesungguhnya
Dia Maha
Mendengar kerana tidak ada sesuatu bunyi daripada makhlukNya di antara
langit dan bumi yang
tersembunyi daripadaNya, sama ada dari yang bunyi yang paling kecil atau
lebih besar, di darat atau
di laut. Dan bunyi-bunyian itu tidak mengelirukanNya. Dan kita berkata,"Sesungguhnya
Dia Maha
Mendengar, tetapi tidak melalui telinga. Kemudian kita berkata,"Sesungguhnya
Dia Maha Melihat,
tetapi tidak melalui mata kerana Dia melihat satu titik hitam dalam malam
yang gelap atau pada batu
hitam. Dia melihat jalan semut dalam malam yang gelap. Dia melihat apa
yang berbahaya atau
bermanafa'at kepada semut itu, dan hasil daripada hubungan perkahwinan,
dan segala keturunan
mereka." Dan lantaran itu kita katakan bahawa,"Sesungguhnya Dia Maha Melihat
tetapi tidak
menyamai penglihatan mata makhlukNya."
Orang itu kemudian memeluk Islam.[A Shi''te Anthology, Allamah Muhammad Husayn Tabatabai, hlm. 49].